Share

Hanya menggunakan 6 produk kategori ‘makeup’ yang boleh didapati di Sephora.my, solekan tetap menawan. Sesuai untuk berhujung minggu bersama teman baikmu.

Hey, elegan peeps! Sebulan ini memang saya banyak menghabiskan waktu di gimnasium Xclusive Fitnesz. Kebetulan pula sahabat baik saya juga sedang rancak bersenam. Saya rasa sungguh bertuah kerana saya dan Nisa’ Halid mempunyai matlamat sama dan kami menggelarkan diri kami FitSister.

Maka banyaklah kami berkongsi rahsia termasuk tip kecantikan, fesyen, kesihatan dan cinta. Eh! Eh! Menjelang hujung minggu kami bertemu untuk minum petang sambil berkongsi kisah. Seraya sempat singgah membeli-belah pakaian fitness.

unnamed

Solekan saya petang itu semestinya menggunakan produk hanya di Sephora. Saya memilih enam (6) produk paling asas seperti Sleek Makeup Base Duo Kit, Too Faced Chocolate Bar, Sephora Collection Classic Line, Sephora Collection V for Volume dan Butter London Plush Rush Lipstick.

Saat membeli produk solekan di atas, saya diberi pilihan mendapat satu lagi produk PERCUMA dan memilih krim Skin But Better CC+ kerana mahu mencuba. Lebih-lebih lagi melengkapkan mekap saya sebagai asas solekan.

Ikuti DIY solekan saya di YouTube Marini Mat Zain menggunakan produk hanya di Sephora.

img_0645img_0648

SLEEK MAKEUP BASE DUO KIT (MOCA), RM131

Ini produk pertama pilihan saya di dalam kategori bedak asas kerana Sleek Makeup Base Duo Kit memberikan dua produk di dalam satu bekas comel. Satu tekstur gelap hadir dalam bentuk krim pelembap, liquid foundation. Manakala satu lagi pressed powder bertekstur bedak berwarna lebih cerah. Kedua-duanya komplimen di atara satu sama lain dan lengkap untuk blending menggunakan layers paling minimum namun liputan adalah pada keseluruhan wajah.

Dapatkan produk kecantikanmu ini hanya di sephora.my 

img_0636img_0637

TOO FACED CHOCOLATE BAR, RM199

Memang kesukaan saya kerana 16 warna yang ada begitu menawan. Warna-warna kesukaan saya seperti Gilded Ganache, White Chocolate, Milk Chocolate, Black Forest Truffle, Triple Fudge, Salted Caramel, Marzipan, Semi-Sweet, Strawberry bon-bon, Candied Violet, Amaretto, Hazelnut, Crème Brulee, haute Chocholaze, Cherry Cordial dan Champagne Truffle. Teksturnya pun pelbagai dari matte, frost danglitters. Mudah sekali menggandingkan rona-rona yang ada. Saat membuka palet ini, wanginya seperti meghidu sweet cocoa. Ilham sangat kreatif kerana pastinya kamu tidak jemu bermain warna saat memakainya.

Dapatkan produk kecantikanmu ini hanya di sephora.my

img_0653

SEPHORA COLLECTION CLASSIC LINE 24 HOURS (EYELINER INTENSE BLACK), RM56

Aplikasi mudah melukis di mata, hanya sekali sapuan. Boleh tahan sehingga tempoh 24 jam. Malah mudah kering dan tidak membuat mata comot. Mudah juga menanggalkannya. Saya biasa menggunakan pensel atau liquid dan berus. Ternyata, eyeliner ini lebih mudah digunakan dan mudah membentuk solekan cat eye.

Dapatkan produk kecantikanmu ini hanya di sephora.my

img_0649

SEPHORA COLLECTION V FOR VOLUME (MASCARA BROWN LEAGUE), RM45

Rekaan maskara ini sesuai buat semua golongan. Berusnya panjang dan tebal memberi efek volum pada bulu mata. Sekali sapuan, bulu mata melentik cantik dan lebih panjang. Jadi, kamu tidak perlu menambah waktu untuk memakai bulu mata palsu. Warna pelbagai boleh dipilih juga sangat menggoda. Saya memilih brown kerana ilusi mata pastinya lebih elegan.

Dapatkan produk kecantikanmu ini hanya di sephora.my

img_0641

BUTTER LONDON PLUSH RUSH LIPSTICK (PROVOCATIVE), RM68

Sapuan lengkap gincu ini memberi efek sejuk pada bibir. Sangat menyenangkan. Ternyata tekstur krim memberi lembapan pada bibir. Membuat bibir berilusi plimper dan fuller. Siapa tidak ingin bibir kelihatan penuh dan menggiurkan. Anti-feathering system membuat sapuan gincu pada bibir lebih sekata. Pout cantik seperti bibir selebriti. Malah, gincu ini dipakai tahan lebih lama.

Dapatkan produk kecantikanmu ini hanya di sephora.my

img_0652

IT COSMETICS YOUR SKIN BUT BETTER CC+ WITH SPF 50+ (MEDIUM), RM165

Saya diberi pilihan percuma satu produk. Fikiran saya hanya satu, krim CC ini boleh dijadikan asas solekan untuk kali ini. Ternyata produk pilihan saya ini tepat sekali. Saya sangat menyukainya kerana khasiatnya yang banyak. Diantaranya, dalam tempoh 10 hari, 96% wajah tampak lebih lembut, 85% perubahan pada kedut dan 77% liang pori akan mengecil. Krim CC ini juga boleh menjadi bedak asas kerana terdapat lima piliha warna dari cerah ke gelap. Selain itu memutihkan, menjadi serum anti-penuaan, primer pada pengecilan liang pori, dark stip corrector dan pelembap yang melindungi wajah. Cubalah!

Dapatkan produk kecantikanmu ini hanya di sephora.my