Share
Petuanya hanya satu, memilih lokasi yang menyediakan menu sempurna buat kamu seisi keluarga. Kalau saya semestinyalah di Crab Hut, Shaftsbury kerana lihat sahaja apa yang saya nikmati ini.

Saya berjanji dengan Ruby tetapi berjanji juga dengan teman lain mahu ke PD. Bingung saya jadinya sebab memang rancang mahu pulang awal tapi takut terlajak. Tetapi saya nekad sebab, memang lama dah nak makan ‘lambak’ ketam dan segala isi dalaman laut lain. Selain ketam ada lobster, ketam, aneka sotong dan cara masak pula pelbagai. Ralit makan beramai-ramai sambil bergelak tawa.

Saksikan keseronokan bersama teman-teman.
20160117_19175120160117_195820 20160117_200441
Mudah nak cari Crab Hut ni, waze sahaja Crab Hub Asia, P2-25 Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyberjaya. Letak Persiaran Multimedia sahaja pun boleh. Saat tiba semua sudah bersedia dengan kelengkapan tukul dan masing-masing memakai alas baju dah. Wah, hebat! Jom, mari berjuang… Saat pelayan menuang satu persatu beg berisi aneka makanan laut, oh, lecur air liur masing-masing.
20160117_192322 20160117_192227 20160117_192150Pelbagai cara masak termasuk asam pedas yang pastinye kena dengan selera Asia ni. Boleh pilih king crabs, meat crabs, spanner crabs, bamboo lobsters, red lobsters, prawns, yabbies, freshwater prawns, slipper lobsters, scallops, mussels dan baby octopuses (yang kepala gondol). Ada juga ‘bag buddies’: terdiri dari sosej ayam, mushroom, jagung dan kentang melengkapkan lagi hidangan. Masak mentega paling sedap tapi perut dah kenyang macam mana ni?
20160117_195922 20160117_195908 20160117_201449 20160117_201440 Saya menikmati setiap sajian Crab Hut dengan tangan sampai ke lengan kuahnya. Namun, itu lah paling menyeronokkan. Ruang 2,000 kaki persegi ini memuatkan 80 tempat duduk dengan adanya ruang makan persendirian memuatkan 12 hingga 14 orang. Datang beramai-ramai ke Crab Hut pun pasti muat okay. Kalau kamu memang tak boleh lepas dengan makan nasi, pun ada menu dengan sajian nasi enak.
20160117_192900 20160117_193302 20160117_202422
Febuari selalunya kita nak bersama yang tersayang. Konon nak raikan cinta, bukan? Nak kagumkan kekasih mestilah pada perutnya. Lebih-lebih lagi ada tawaran istimewa di Crab Hut dengan hanya tunjukkan kupon di sini:
CH for Bloggers
Lepas tu ada pula Monthly Crazy Beg ni:
2.2-MCB Red Lobster CF
Istimewa Febuari adalah kamu dapat memilih 3 jenis makanan laut dalam satu beg dalam sukatan 300gm atau 500gm. Juga ada Lunch Tray dan semestinya pilihan kamu tidak akan mengecewakan.
Ini adalah link FB & website Crab Hut: