Share

Terlalu banyak insiden peribadi seseorang telah musnah kerana ada yang terlebih pintar telah menggodam privasimu. Kalau gambar kurang munasabah, nak buat macam mana tetapi maklumat kerja yang peribadi dicerobohi memang menyedihkan. Apatah lagi keadaan itu menyebabkan kamu kerugian besar. 

SAM_7937 SAM_8020

Silent Circle hadir dengan Blackphone 2 yang lebih privasi dikhususkan buat untuk pengusaha atau yang dekat dengan bisnes. Tetapi blogger juga satu perusahaan bisnes yang memerlukan privasi. Kami juga memerlukan kelebihan yang disenaraikan ada pada Blackphone 2 ini. Harganya RM3599 wajar dengan spesifikasi teknologi yang ditawarkan.

Kelmarin dengan kerjasama Dialog Hub Sdn. Bhd. bersama Tech Star Commnication, Blackphone 2 telah dilancarkan dengan upacara serba ringkas tetapi meriah. Telefon bimbit serba hitam elegan itu hadir dengan skrin keluasan 5.5 inci, dua kamera (13 megapixel di belakang & 5MP di hadapan), memori dalaman 32 gigabytes dan banyak lagi keistimewaannya.