Share

Rutin pagi setiap wanita semestinya memakai lingerie atau pakaian dalam terlebih dahulu. Itu perkara wajib dilakukan sehari-hari sebelum menyarung pakaian lengkap. Sesungguhnya pakaian dalam memainkan peranan penting dalam menambah figura semula jadi menjadi lebih cantik.

Imejan wanita sedang berdiri memegang tiang diberi bantuan paling tidak dua orang untuk membantu menarik tali korset dalam memaksa tubuh mendapat figura diidamkan. Selepas perang dunia kedua, tubuh ideal wanita dikatakan berukuran 36-24-36. Pakaian dalam ketika itu perlu disarung untuk mendapatkan figura seumpamanya, penuh glamor, curvy dengan material lace.

Kini keselesaan lebih diutamakan selari dengan perkembangan teknologi dan reka cipta yang pelbagai. Setiap bentuk pakaian dalam mampu mengubah rupa bentuk payudara seseorang. Tergantung juga pada jenis pakaian mahu disarung sama ada kasual, gaun siang atau malam juga waktu bersukan. Memilih pakaian dalam yang betul mampu meningkatkan tahap konfiden diri saat berada di khalayak ramai.

Terlebih dahulu kenal pasti berapa saiz baju dalam yang sebenar. Jangan pula tersalah pilih kerana ia bakal menyeksakan. Kalau terlalu longgar, hilang bentuk menawan dan kalau terlampau ketat pula bakal menimbulkan bonjolan yang tidak sepatutnya dipermukaan pakaianmu. Warna asas wajib ada dalam gerobok mu adalah tona nude, putih dan hitam. Jikalau bermain bermain warna dan gaya seksi, apa salahnya ditambah dalam koleksi ligherie kamu.

Nisbah komposisi tisu payudara berbeza-beza dikalangan kaum wanita. Sesetengah payudara mempunyai bahagian tisu glandular yang lebih besar berbanding tisu-tisu adipos atau konektif atau sebaliknya. Oleh itu, nisbah lemak-kepada-tisu-konektif menentukan kepadatan atau ketegangan payudara. Disepanjang hayat kehidupan seorang wanita, payudaranya akan melalui perubahan dalam saiz, bentuk dan berat kerana perubahan hormon badan. Justeru, penjagaan dan perhatian harus diberikan untuk mengekalkan ukur lilit payudara yang cantik.

FESYEN_etiket gaya bra_Page_1

Seringlah mengukur setiap kali mahu membeli persalinan coli baru kerana ukuran lama tidak semestinya sesuai kali ini. Mungkin tubuh kamu sudah bertambah kurus atau berisi. Berikut adalah cara betul untuk kamu mengukur saiz coli yang sesuai; Pastikan kamu memakai baju dalam tanpa span atau tanpa baju dalam. Guna pita ukur dan lilit bahagian bawah payudara untuk mengukur band atau ukur lilit coli. Bulatkan ukuranmu contohnya sekiranya ukut lilit kamu adalah 27 1/2 inci maka kamu genapkan menjadi 27 inci. Bagi ukur lilit 27 inci, saiz band coli kamu adalah 30. Selebihnya kamu boleh rujuk carta disediakan.

bra1

FESYEN_etiket gaya bra_Page_2

SENARAI ISTILAH PAKAIAN DALAM

Mungkin ada beberapa glossary atau istilah perlu kamu tahu dalam memburu kelengkapan pakaian dalam sesuai. Selaian belian asas, aksesori tambahan juga diperlukan. Manalah tahu mahu menambah bentuk solid tubuhmu.

 

COOKIES

Pad yang boleh ditambah pakai bagi menambah kemontokan payudara. Cookies boleh dibuka dan disimpan jikalau tidak diperlukan. Fungsinya sama dengan baju dalam push-up. Diperbuat daripada fiber, cecair minya atau gel.

 

CONTOUR CUP

Diperbuat daripada isian fiber atau foam lining untuk menutup bahagian depan payudara serta mencipta bentuk yang lebih bulat.

 

FONT CLOSURE

Paling sesuai digayakan dengan leher berbentuk V serta mengukuhkan kedudukan di antara kedua-dua payudara.

 

LINED CUP

Cup baju dalam yang lebih untuk menampung payudara dan menutup bahagian depan daripada menonjol.

 

MOLDED CUP

Menampakkan kekemasan dan takrif untuk payudara saat memakainya.

 

SEAMED

Menambah figura payudara lebih terlihat semula jadi dan pejal.

 

SEAMLESS

Lebih sesuai untuk dipakai dengan material kemeja-T, sutera dan satin.

2

BENTUK SELUAR DALAM PALING ASAS

BIKINI, THONG, HIPSTER BRIEF, G-STRING, LOW-RIDER, BOY SHORT, TAP PANT