Share

Hua Hin… Saya tak pernah bermimpi ke sana. Padahal diajak beberapa kali ke Bangkok tetapi saya sampai ke Hua
Hin dulu. Hua Hin terletak di bawah Bangkok kira-kira tiga jam menaiki kenderaan. Rada-rasanya sejauh perjalanan dari Jakarta ke Bandung kalau macet ata jam. Hua Hin terkenal sebagai Royal Beach Resort. Memiliki pantai sepanjang lima meter. Merupakan pekan pelabuhan yang udaranya dingin nyaman walaupun matahari terik di kepala.

 

image
image

image

Penemuan 70 tahun lalu sehingga kini masih menjadi lokasi percutian orang tempatan dan pelancong asing. Perkampungan nelayan ini ditemui King Rama VII pada 1920-an ketika keluar daripsda kesesakan Bangkok. Beliau menyukainya lantas menjadikan Hua Hin resort percutian kerabat dan orang atasan.
image

image

image

Pilihan penginapan, Hin Nan Sai Suay Hotel yang terletak 5km dari bandar. Hanya 1.4km dari lapangan terbang Antarabangsa Hua Hin, memang dekat sangat. Kalau memilih naik bas (ala tut tut tapi besar) hanya RM2 ke mana-mana sahaja. Dari hotel ke bandar atau mengarah ke lapangan terbang. Memandangkan kunjungan kali ini hanya tiga hari dua malam, langsung kami ke bandar Hua Hin. Misi utama adalah mencari restoran atau gerai makanan halal.
image

image

image

image

image

Berpusing-pusing jalan, Rupa-rupanya gerai itu di dalam pasar. Pasangan suami isteri Muslim berniaga masakan paling enak pernah saya rasa. Oh, bukan dalam night market yang moden itu tapi bertentangan jalan dengan night market. Kamu perlu melalui pasar basah, gerai buah dan kuih untu ke gerai-gerai makanan dan minuman. Ada restoran di hujung jalan dan beberapa gerai lain di pasar malam. Mudah sahaja mengecamnya. Tengok label Allah Muhammad atau logo bulan dan bintang.
image

image

image

Lalu Sa Song Road suasana berbeza kerana jalan ini menjadi tumpuan warga asing. Mungkin terdapat banyak restoran barat seperti Delizie (menu sajian Itali), Le P’tit Cafè (menu sajian Perancis) dan banyak lagi. Terselit spa urutan di situ jadi saya mengambil pakej urutan tradisional (RM20), urutan minyak (RM30) dan skrub kaki beserta pedicure (RM25). Urutan tradisionalnya lebih bagus daripada yang terdapat di KL. Saya pernah pergi berurut ke Jalan Changkat Bukit Bintang dan TTDI tapi tidak sehebat saya rasa di Hua Hin. Urutan di Bali dan Jakarta pun tak setanding. Atau paling best cari cik Su dari Surabaya di Downtown, Cheras.
image

image

image

image

image

image

image

Jarak hotel ke bandar hanya 4.9km dengan tambang bas RM2 atau 20 bath jadi dua malam jugalah saya ke Hua Hin night market. Menahan diri daripada tergoda dengan barang-barangan terhidang. Banyak penemuan barang-barang unik buatan tangan sendiri. Cute!
image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Keesokan harinya saya ke PlearnWan Market sejauh 2.3 km dari hotel. Menarik kedai-kedainya dibina daripada kayu yang dicat putih. Binaan bangunan daripada luar juga sudah unik.
image

image

image

Bagi pecinta sejarah seperti teman saya ini, jangan lupa singgah ke Hua Hin Railway Station, antara stesen kereta api tertua di Thailand.
image

image

image

image

image

image

image

Sam Phan Floating market meliputi 16 hektar. Semua binaan di Hua Hin kebanyakan inspirasi dari era King Rama VI. Terdapat 193 kedai dan 40 kedai adalah dalam sampan. Ada makanan tempatan, cenderahati dan barangan buatan sendiri. Walaupun ada 1000 ruang tempat letak kereta tetapi pastikan anda ada kenderaan pergi balik kerana tempatnya agak jauh ke dalam. Lainlah kamu brutal seperti kami, berjalan kaki dan sekadar menahan mana-mana kereta yang lalu.
image

image

Hari terakhir di Hua Hin masih mahu bejalan. Kalau sempat singgah ke The Venezia Hua Hin hanya 4.7 km dari hotel tapi arah bertentangan daripada bandar. Seni bina pusat beli-belah ini mengambil inspirasi Venice.
image

image

image

image

image

Sekiranya kamu menyambung sikit lagi perjalanan, kamu akan tiba di Maruekha-thayawan Palace. Istana persinggahan lama dipinggir pantai. Sungguh mendamaikan. Terima Kasih Shamsul dari Gaya Travel kerana memperkenalkan Hua Hin dengan penerbangan Berjaya Air.
image

image