Share

Linkin Park PicKonsert jelajah dunia Living Things membawa kumpulan metal Linkin Park bertandang ke Malaysia tidak lama lagi. Pastinya ini berita baik buat peminat kumpulan ini. Jadi pastikan kamu menanda diari pada tarikh 19 Ogos 2013, jam 8 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Sebuah hiburan didatangkan istimewa oleh Wonderland+.

Eksklusif kerana Likin Park memilih hanya Malaysia sebagai persinggahan mengadakan konsert jelajah mereka di Asia Tenggara. Jadi peminat-peminat mereka dari negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura dialu-alukan untuk bertandang menyaksikan persembahan hebat mereka.

Harga tiket RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan tempat duduk bebas. Manakala RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (the Pit) dikategori tempat berdiri bebas. Tiket harga RM680 pula buat peminat VIP. Bagi kamu pembeli tiket awal akan sepanjang tempoh pra jualan (21 Jun – 30 Jun) bakal menerima diskaun 10 peratus.

Layari www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian (+60) 3 9222 8811 atau www.facebook.com/thewonderlandplus hari ini.