Share

Inovasi baru adidas Climachill™, serlah teknologi penyejukkan maksimum untuk mempertingkatkan prestasi sukan.

adidas melancarkan rangkaian pakaian Climachill™ terbarunya, diterajui kemeja T hitam yang menampilkan teknologi pengurusan haba tubuh segerak hati, bertujuan untuk memberikan rasa nyaman kepada pemakai ketika bahang panas terik matahari menggigit tubuh.

Rangkaian pakaian ini diilhamkan untuk menyerlahkan kenyamanan maksimum tanpa mengabaikan rekabentuk dan keselesaanya. Ternyata adidas Climachill™ sangat sempurna untuk iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Terutama pada cuaca panas diketika ini.

simona halep

“Suhu badan mampu meningkat sebanyak tiga darjah Celcius sewaktu kita bersenam. Bagi mengekalkan kestabilan suhu, maka badan anda haruslah bekerja lebih keras untuk mengeluarkan haba berlebihan. Ini boleh mengakibatkan gangguan terhadap fungsi fisiologikal, sekaligus menjejaskan prestasi,” jelas Dr Maarten Hupperets, yang merupakan Pengarah Sains Sukan Masa Depan di adidas.

“Apabila menyentuh tentang prestasi, setiap darjah adalah cukup mustahak. Pakaian Climachill™ merupakan produk sukan tercanggih dan berupaya memberi kesan penyejukkan yang maksimum,” sambungnya lagi.

gareth Bale

Disarankan kepada atlet-atlet yang bingung mencari penyelesaian canggih untuk mengawal selia suhu badan dan kekal nyaman dalam keadaan kurang menyenangkan untuk memilih pakaian berinovatif Climachill™ ini. Dalam koleksi berkepelbagaian ini, adidas turut melancarkan baju-baju latihan dalam warna yang paling tak lazim bagi pakaian olahraga iaitu hitam, untuk mempamerkan proses teknologi  Climachill™.

Dengan menggunapakai sfera aluminium menyejuk  3D  yang julung kali digunakan dalam industri ini, pakaian Climachill™  mampu menimbulkan rasa sensasi sejuk dengan segera sebaik berlaku sentuhan. Tambahan pula kepada bintik-bintik aluminium, yarn leper ‘SubZero’ juga mengandungi titanium dan ditenun di keseluruhan bahagian dalaman jersi Climachill™ untuk menghasilkan lebih keupayaan menyejuk.

jeremy lin

Atlet-atlet di Malaysia kini tidak perlu lagi teragak-agak untuk mengenakan pakaian hitam kerana takutkan panas, malahan ia dapat membantu mereka berlatih lebih gigih, berlari lebih lama dan bersaing dengan lebih kompetitif

Rangkaian produk Climachill™ akan mula didapati di pasaran tempatan mulai 6 April 2015 di kesemua kedai prestasi Sukan adidas dan stor dalam talian shop.adidas.com.my.