Share

Sungguh pun lebaran sudah berlalu, namun kolaborasi ‘Bungkusan of Happiness’ di antara Baskin-Robbins dan Dato’ Tom Abang Saufi (TAS) masih berlangsung.

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kamu miliki 3 rekaan selendang kualiti premium rekaan Dato’ Tom Abang Saufi. Kiranya kamu membawa pulang seleksi menu ais krim dengan bungkusan selendang eksklusif.

” Bungkus of Happiness ” merupakan hamper istimewa untuk dijadikan cenderahati kepada saudara atau sahabat handai. “Bungkus” yang dimaksudkan ialah selendang yang direka khas TAS; manakala “kebahagiaan” yang dimaksudkan tentunya ialah ais krim Baskin-Robbins yang lazat, penuh dengan nikmat manis dan kepuasaan dalam setiap suap.

Ternyata Dato ‘ Tom Abang Saufi ialah pereka terkemuka dalam industri fesyen Malaysia dan terkenal dengan usaha beliau dalam mempromosikan budaya batik yang berwarna-warni. Koleksi TAS tidak segan menggunakan warna-warna cerah untuk menampilkan pertembungan fesyen moden dengan budaya tradisional, sekali gus  menambahkan elemen kreatif ke dalam semua rekaannya.

Antara tiga selendang yang direka untuk Baskin-Robbins ialah selendang Ketupat, selendang Ais krim dan selendang Wafel. Semua selendang diperbuat dari kain campuran sutera berkualiti tinggi. Selendang ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah dan boleh digunakan dengan pelbagai cara, termasuklah dipakai sebagai tudung atau koleksi batik.

Ketupat ialah makanan tradisional Melayu dan makanan Hari Raya yang amat popular. Dato ‘ Tom menggunakan pelbagai warna untuk menggambarkan tenunan daun sawit. Wafel dan ais krim sememangnya tidak boleh dipisahkan! Dato ‘ Tom menggunakan warna popular Baskin-Robbins untuk menonjolkan unsur unsur dalam selendang Wafel manakala selendang Ais krim direka dengan motif ais krim manis-manis belaka.

” Bungkus of Happiness ” mengandungi dengan 10 Junior Scoop (RM115), 8 Regular Scoop (RM125) atau 4 Pints (RM145) ais krim pilihan anda bersama dengan selendang Baskin-Robbins X TAS edisi terhad. Jangan ketinggalan peluang ini untuk membawa pulang kebahagiaan anda!

Promosi ini bermula dari 3 Jun – 31 Julai 2019 (sementara stok masih ada). “Bungkus of Happiness ” boleh didapatkan di semua cawangan Baskin-Robbins di Malaysia termasuklah Baskin-Robbins Premium Outlets, Premium Outlet Johor (JPO), Genting Premium Outlet (GPO), semua cawangan di KLIA, Genting, Sabah dan Sarawak. Pelanggan juga boleh menbuat pembelian melalui Lazada. Harga yang diumumkan hanya tertakluk kepada cawangan standard sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Baskin-Robbins di www.baskinrobbins.com.my.