Share

Menarik filem adaptasi novel ini kerana pengarahnya Ghaz Abu Bakar bersama Adi Putra berjaya membuatkan penonton resah gelisah. Saya menerima undangan Ruby dan kami pergi berempat bersama dua lagi teman baik. Ada kisah lucu yang ingin kongsi saat menonton prebiu filem ini.

TMO8

Suami Aku Ustaz mengisahkan Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah. Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.

Saat Ustaz Hafiz dan Alisa tinggah sebumbung berdua selepas berkahwin maka bermulalah perasaan resah gelisah teman saya yang juga peguam. Seorang lagi sahabat juga bukan calang-calang orang, menjadikan diri mereka sebagai subjek pemerhatian saya. Seronok melihat reaksi masing-masing yang sesekali berbisik sesama sendiri. Lantas teman saya itu berbisik, “Eh, salahlah! Salah ni. Mana boleh seorang guru berkahwin dengan anak muridnya yang masih di bawah umur.”

SAU21

SAU13

Sebenarnya sebelum menonton, isu pelajar pedofil yang ditangkap di luar negara menjadi topik perbualan. Subjek yang masih hangat diperkatakan dan kerana itu hubungan Alisa dan Ustaz Hafiz meresahkan perasaan. Kami jadi tertanya-tanya apakah pembikin filem sekadar menurut sahaja jalan cerita novel ini tanpa selidik? Atau kerana filem sekadar hiburan maka dibiarkan sahaja tanpa memikirkan pengajaran yang bakal ditinggalkan kepada penonton?

Tetapi saat hubungan Ustaz Hafiz dan Alisa dipertikaikan dan menjadi perhatian pihak berkuasa, barulah teman saya ini tenang. Ternyata setiap persoalan diminda kami tadi terjawab satu persatu. Rasa cemas kami semakin reda dan kami mula mampu tersenyum. Malah teman saya tadi mula memuji-muji patutlah novel ini menjadi best seller kalau menonton filem pun sudah membuatkan hatinya resah gelisah. Itu bermakna menulis novel atau pembikin filem berjaya membuahkan persoalan diminda dan akhirnya mengungkapkan segala persoalan.

SAU41

TMO7

Penerbit filem Suami Aku Ustaz, Dato’ Wan Mohd Muzri Ramli patut berasa lega kerana filem ini ternyata menghiburkan. Ternyata pengarah telah berjaya mencungkil lakonan paling hebat Nora Danish. Rata-rata bersetuju lakonan Nora Danish sebagai Alisa sangat bersahaja, lucu dan sangat berkesan. Sepanjang prebiu filem, penontong tidak kering gusi ketawa dengan keletahnya itu. Ini satu-satunya lakonan Nora yang saya juga rasa terbaik.

Bakal ditayangkan 14 Mei 2015. Filem sulung terbitan Karya Seni Production diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar bersama Adi Putra menampilkan barisan pelakon popular seperti Nora Danish, Adi Putra, Izzue Islam, Jue Aziz dan Betty Rahmad.

Filem bergenre romantik ini menelan belanja kos produksi sekitar RM2 juta termasuk pembikinan dua muzik video bagi lagu tema yang dinyanyikan oleh Adi Putra bersama Zizan Razak berjudul Ustazku Rajaku dan Cintaku Kernamu nyanyian Adi Putra berduet bersama Betty Rahmad.  Kedua-dua lagu  tema tersebut ciptaan Faiz Alberto. Filem edaran Alternate Pictures ini bakal ditayangkan sekitar 70 buah pawagam Malaysia dan Brunei.

TMO15

TMO17

TMO4

Saya teruja menantikan kemunculan filem yang sudah lama pembikinannya ini kerana terlibat sebagai penata gaya (stylist) dengan pembikinan kedua-dua video muziknya. Penggambaran berlansung di Bromo kalau tak silap beberapa tahun lepas.  Terima kasih produksi dan pereka fesyen Calvin Thoo, Syomir Izwa dan Kos Serani.

wpid-20130820_091748.jpg wpid-20130819_105819.jpg wpid-20130819_101342.jpg wpid-IMG-20130820-WA0082.jpg wpid-20130821_090438.jpg

Sekitar pembikinan video muzik di Bromo.