Share

Hujung minggu lalu saya berpeluang meraikan ulang tahun pertama Seremban Prima pada tanggal 9 Mei 2015. Pusat membeli-belah kebanggaan warga Seremban ini kini berubah wajah setelah menempuh transformasi dan kini sedia untuk dikunjungi ramai.

IMG_2007

IMG_2014

Transformasi ini adalah ilham sepenuhnya pentadbiran baru Seremban Prima iaitu Lion Seremban Parade Sdn. Bhd. Telah banyak ubah suai dilakukan termasuk tingkat bawah sehinggalah ke tingkat empat. Telah dibina food court baru dengan kira-kira 11,000 kaki persegi, travelator dan lif untuk keselesaan pelanggan.

Acara ulang tahun Seremban Prima dikendalikan pengacara Baki Zainal dengan persembahan pembukaan oleh penari jalanan popular Rejuvenate Dance Crew dan penari cilik untuk persembahan tarian tradisional. Penyampai radio dan penyanyi Dina Nadzir turut memeriahkan majlis.

IMG_2024

IMG_2021

Acara itu turut diraikan juga oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Serembang, Yang Bahagia Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Abdul Latif, diiringi Pengurus Lion Seremban Parade, Andy Chan.

Persembahan diteruskan sepanjang hari dengan persembahan akustik, tarian moden, ballet, tarian moden dan banyak lagi. Selain itu Seremban Prima turut menyediakan banyak aktiviti-aktiviti lain di luar pentas seperti permainan kotak Dance-to-Win, Treasure Pot, Putar & Menang dan aktiviti-aktiviti karnival lain lagi. Paling menarik perhatian semua adalah peluang memenangi hadiah RM130,000.

IMG_2034

IMG_2041

“Keperluan pengunjung pusat membeli-belah kian berubah sebagaimana tabiat rakyat turut berubah. Untuk Seremban Prima kekal menjadi pusat membeli-belah yang relevan kepada masyarakat, kami juga turut berubah mengikut trend semasa  sebagai memenuhi kehendak dan keperluan pengunjung baru,” ujar Pengurus Lion Seremban Parade, Andy Chan.

Ternyata kecekapan pengurusan beliau telah menarik banyak penyewa baru menyertai keluarga Seremban Prima. Pastikan kamu berkunjung ke sini bersama teman istimewa, keluarga atau sahabat. Pastiya hari anda terisi dengan sebaik-baiknya kerana semua keperluan kamu ada di bawah satu bumbung.