Share

Hadirnya Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri membawa kemeriah di pusat membeli-belah Pavilion dengan pelancaran Sinar Seri Aidilfitri. Ruang legar Pavilion dirias indah dengan kanopi dan lampu bertebaran. Bazaar Ramadan di sini menawarkan aneka cenderahati tradisional untuk dibeli termasuk baju Raya pelbagai potongan menawan.

Ketika pelancaran berlangsung, tradisi cak lempung dipersembahkan kepada tetamu di Centre Court bagi mengalu-alukan kehadiran tamu. Perasmian berlangsung dengan simbolik menyalakan pelita oleh tamu VIP. Sinar Seri Aidilfitri diberi nama selaras dengan hiasan lampu yang menceriakan gendung membeli-belah ini yang mengambil inspirasi kemeriah pelita di kampung halaman.

Belum terlambat untuk kamu pengunjung Pavilion menyertai peraduan memuat naik gambar dan video di Instagram dan berkongsi kisah Raya. Instagram rasmi Pavilion @PavilionKualaLumpur dengan #MyCeritaRaya. Peraduan bermula 29 Jun dan bakal berakhir 19 Julai 2015. Untuk maklumat lanjut layari IG Pavilion. Juga layari Facebook Pavilion Kuala Lumpur www.facebook.com/Pavilion KL www.facebook.com/pavilionkl  atau ke akaun twitter @PavilionKualaLumpur atau LINE @PavilionKL