Share

Tahun baru kamu nak mengubah sedikit ruang tamu. Hajat mahu membeli beberapa kelengkapan ruang itu. Mengenangkan belakang yang sering sakit, alangkah seronoknya kalau ada sebuah sofa yang boleh mengurut tubuh. Alangkah cantiknya, sofa itu mampu menjadi sebahagian dekorasi kediaman pula.

Ogawa Moda Sofa semestinya pilihan menepati rancangan kamu tu. Sofa ini menjimat ruang dan serasi buat kamu bekerja, menjamu tamu datang atau merehatkan diri. Seperti saya sangat sesuai menulis blog dipetang hari. Konon! Sofa ini direka khusus menyokong belakang dan mengurut lembut tubuh terutama fokus urutan pada bahagian hip-shaping dan buttock-lifting.

MY+Ogawa 12929 low

Orang kata kecil-kecil cili api. Dengan harga RM2,999 sangat berpatutan memiliki sebuah sofa urutan yang sepadan dengan sofa lain kamu di ruang tamu. Mengurut tubuh dengan lembut Tetapi secara peribadi saya turut menyukai kusyen Ogawa My Kitty yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Masa sibuk bekerja kamu boleh menyarungnya di kepala sofa.

Angan-angan saya mahu meletakkan kusyen urutan ini di kereta. Mungkin tempat duduk sebelah. Apa-apa pun pilihan kamu, pastikan menepati cita rasa disamping berfungsi membantu menyihatkan badan. Tekanan kerja kini semakin tinggi dan kehadiran kerusi dan kusyen ini pastinya memulihkan kembali tubuh.