Saya sering memasak Tom Yam di rumah untuk mak dan arwah ayah dahulu. Menu Tom Yam memang menjadi kesukaan baik di makan dengan nasi putih dan telur goreng atau sekadar bihun sup. Enak!

Kalau menikmati stimboat pun saya pasti memilih kuah Tom Yam selain Miso. Untuk menyertai pertandingan Beli, Tonton & Menang Pensonic ini, saya memilih perkakas memasak Stimbot & BBQ 2-dalam-1. Semestinya saya memilih kuah Tom Yam yang mudah disediakan.

Bagi kamu yang berminat menyertai contest anjuran Pensonic ini. Maklumat saya sertakan sekali di bawah. Lebih-lebih lagi tempoh penyertaan dilanjutkan sehingga 8 Julai.

RESIPI TOM YAM

Semua bahan diletakkan agak-agak sahaja. 

Bawang Putih

Bawang Merah

Lengkuas

Serai

Daun Limau Purut

Cili Padi

Limau Nipis

Rempah Tom Yam

MENU STIMBOT

Bahan untuk direndam dalam Tom Yam boleh disediakan mengikut selera.

Tofu Goreng

Bebola Ikan Goreng

Ikan Puchok Goreng

Maggi

Tomato Cherry

Enoki Mushroom

Sayur-sayuran

Jagung

MENU BBQ

Dipotong halus-halus untuk memudahkan ketika memanggang.

Udang

Sotong

Daging

Lamb

Lebih jimat dimakan di rumah bersama keluarga atau sahabat handai. Lebih-lebih lagi Pensonic menyediakan kelengkapan memasak seperti pot Stimboat & BBQ 2-dalam-1 ini yang ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Pensonic 2 in 1 Steamboat & BBQ pot PSB-130G ini sangat ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Mudah juga dicuci tanpa perlu memberus.

 

 “Balik Kampung Bersama Pensonic”

Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang.

Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod. Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika anda telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana anda masih berpeluang memenangi Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!

Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:
  1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
  2. ‘Like’ Facebook Pensonic & poster peraduan.
  3. ‘Share’ poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).
  4. Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.
  5. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.

Selain daripada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah utama, hadiah-hadiah mingguan dan mempelajari cara menyediakan resipi-resipi menyelerakan yang akan ditunjukkan dalam rancangan ini, artis-artis tempatan bersama-sama dengan Chef kegemaran anda Dato Chef Haji Ismail sudah tentu akan membuatkan anda terpaku di hadapan kaca TV setiap Hari Isnin pada jam 6.00 petang. Artis-artis tempatan ‘hot’ yang akan muncul dalam rancangan ini ialah Hafidz Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nadia Amira Othman, Ashraf Islam, Alif Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas, Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas, Ika Nabila binti Abdul Rahim dan episod terakhir akan balik kepada Chef “Kampung” Rembau pada 2 Julai 2018!

Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini.

Saksikan video berikut dari link Facebook Pensonic:

Peraduan Beli, Tonton & Menang Balik Kampung Bersama Pensonic!

Tontoni video ini untuk mengetahui bagaimana hendak memenangi hadiah-hadiah hebat bernilai RM200,000 termasuk Nissan X-Trail dan peralatan rumah produk Pensonic!#pensonic #chefmail #homeappliances #lifestyleappliances #kitchenappliances #BKBP #WINRM200KFROMPENSONIC #BALIKKAMPUNGBERSAMAPENSONIC

Posted by Pensonic on Rabu, 18 April 2018