Share

Temu janji yang tidak terancang membawa saya ke Buns, Burger Bar & Modern Dining untuk bertemu seorang teman. Saya harus berterima kasih dengan dua sahabat saya ini kerana ternyata saya telah jatuh cinta dengan menu di sini. Percubaan saya dua kali kembali ke sini gagal… Begini ceritanya…

Satu perangai saya, tengok menu kawan lebih enak dan mulalah menyesal. Saya sering buntu dan akhirnya memilih menu biasa dipesan, kalau muak dengan Aglio Olio, saya pesan Beef Bolognese (RM19). Masak di rumah pun menu sama—Pasta! Sudahnya agak muak, lalu saya berniat berkunjung lagi ke Buns.

Menjamu selera buat kali pertama di Buns.

Menjamu selera buat kali pertama di Buns.

Melangkah masuk menerusi ruang santai ini.

Melangkah masuk menerusi ruang santai ini.

Ruang menjamu selera.

Ruang menjamu selera.

Terletak di lantai bawah, No 48, Jalan 27/70A, Desa Sri Hartamas.

Terletak di lantai bawah, No 48, Jalan 27/70A, Desa Sri Hartamas.

Pada puasa pertama tempoh hari, kebetulan sesi fotografi www.gemfive.com di Sunway Damansara, gigih bertolak ke sana sendirian. Sudahnya saya tersalah masuk simpang dan melihat sesaknya lalu lintas, saya tak sanggup berpatah balik. Percubaan pertama itu gagal. Kali kedua berjaya (tak sesat lagi sebab bawa kawan) tetapi sayangnya Buns tutup setiap Isnin. Amaran keras, sila buat rujukan sebelum pergi. Pengajaran buat saya…

Tetapi percubaan ketiga saya mendatangkan hasil. Saya lantas membeli Sweet Potato Fries (RM8) dan Hot Wings yang disalut sos home-made enak (RM13). Sumpah puas hati dapat menjamah menu dihajati. Sayap ayam digorang terlebih dahulu sangat rangup dan serasi sekali dengan sos disediakan.

1/4 BBQ Chicken disajikan bersama Smokey Chipotle & Lime Glaze.

1/4 BBQ Chicken disajikan bersama Smokey Chipotle & Lime Glaze.

Mesti cuba!

Mesti cuba!

Beef Bolognese jadi pilihan saya.

Beef Bolognese jadi pilihan saya.

Burger kamu pilih boleh dipesan mengikut kesukaan. Kalau saya mesti lebih bawang dan daun rocket.

Burger kamu pilih boleh dipesan mengikut kesukaan. Kalau saya mesti lebih bawang dan daun rocket.

Saranan saya, menu wajib kamu cuba semestinya BB Chicken yang boleh kamu pesan separuh ayam atau suku sahaja. Dihidang dengan salad Arugula dan kentang penyek. Kalau separuh ayan semestinya RM32) dan sebaliknya suku sahaja (RM20).

Akan datang rancangnya saya hendak memesan salah satu daripada burger. Memang inilah kepakaran mereka iaitu menyediakan burger enak. Ada beberapa burger daging di dalam menu dari harga RM18 – RM23 seperti Beef Classic, S.E.A, Champ, Gual, Umami dan The Bull. Ada juga burger tanpa daging.

Ruang santai.

Ruang santai!

IMG_3376