Tiket Buat Pembaca Elegan

Share

image

Penyertaan masih terbuka. Tinggal 4 hari sahaja lagi konsert Linkin Park. Apa perlu dilakukan, like fan page ELEGAN di facebook. Kemudian, Sila ke post sebelumnya dan tinggalkan komen anda mengapa kamu mahu ke konsert Linkin Park bersama Elegan…

Sedia ke Konsert Linkin Park?

Share

Linkin Park PicKonsert jelajah dunia Living Things membawa kumpulan metal Linkin Park bertandang ke Malaysia tidak lama lagi. Pastinya ini berita baik buat peminat kumpulan ini. Jadi pastikan kamu menanda diari pada tarikh 19 Ogos 2013, jam 8 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Sebuah hiburan didatangkan istimewa oleh Wonderland+.

Eksklusif kerana Likin Park memilih hanya Malaysia sebagai persinggahan mengadakan konsert jelajah mereka di Asia Tenggara. Jadi peminat-peminat mereka dari negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura dialu-alukan untuk bertandang menyaksikan persembahan hebat mereka.

Harga tiket RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan tempat duduk bebas. Manakala RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (the Pit) dikategori tempat berdiri bebas. Tiket harga RM680 pula buat peminat VIP. Bagi kamu pembeli tiket awal akan sepanjang tempoh pra jualan (21 Jun – 30 Jun) bakal menerima diskaun 10 peratus.

Layari www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian (+60) 3 9222 8811 atau www.facebook.com/thewonderlandplus hari ini.

 

Temu Janji Istimewa Dayang

Share

dayang showcase

Pastikan kamu luangkan waktu pada malam 23 Jun 2013, jam 8.30 malam untuk temu janji istimewa. Malam bertemu bintang R&B Malaysia Dayang Nurfaizah di The Venue, Pavilion. Persembahan istimewa ini bersempena penglibatan 14 tahun Dayang dalam industri hiburan tanah air. Ia sebagai penghargaan dan kenang-kenangan pada peminat yang selama ini tak henti-henti memberi sokongan.

“Kasih dan sokongan peminat-peminat teramat bermakna pada saya, kerana dengannya, saya masih dapat meneruskan kembara saya dalam arena muzik,” ujar Dayang Nurfaizah.

Kelainan persembahan dijanjikan Dayang Nurfaizah. Apatah lagi gandingan pemuzik terbaik Malaysia dipimpin pula Jenny Chin. Sepanjang membuat persembahan live ini, Dayang sememangnya tidak pernah menghampakan peminat. “Lebih intim, lebih personal, lebih Dayang!” janji Dayang.

Pasti kita ternanti-nanti pilihan busana Dayang pada malam itu lagi. Dia memang terkenal dengan gaya anggun dan elegan. “Saya amat teruja dantidak sabar rasanya untuk bersama dengan semua peminat-peminat pada malam itu. Sebagai bonus, saya akan menyanyi lagu Bisikan Rindu, lagu tema dari drama bersiri Astro Mustika – Dahlia.”

Persembahan khas ini dijanjikan persembahan terbaik Dayang yang akan membawakan lagu-lagu yang dipilih teliti dari albumnya, termasuk beberapa lagu cover . Bayaran masuk untuk persembahan istimewa ini adalah RM70 (termasuk satu minuman ringan). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 2143 3022 / 03 2110 2800.

Lagi Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah…

Share

anuar zainTugasan menggunung tidak mengizinkan saya singgah ke Serai, Life Centre, Kuala Lumpur. Hujan pula turun tak henti-henti menyebabkan lalu lintas sesak. Begitupun saya sentiasa mengikuti perkembangan dua penyanyi hebat ini. Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah setahun lalu telah bergabung mengadakan sebuah konsert amal anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Petronas (KSRP) di Dewan Filharmonik Petronas.

Iringan pemuzik hebat, di bawah pimpinan pengarah muzik Jenny Chin, bersama penampilan khas oleh Mac Chew (Keyboards), Aji ( Guitars), Kelly ( Bass), Steve Thornton (Percussions), John Thomas (Drums) , and Eja & Widy (Penyanyi latar) telah menyemarakkan lagi kolaborasi seni kedua-dua artis dinamik ini.

Senarai lagu pilihan pula tidak asing lagi dikalangan peminat mereka berdua. Ada lagu Bila Resah, Mana Mungkin, Perlukan Cinta, Kembalilah Sayang, Cinta Harus Memiliki (lagu paling digemari saya), Hakikat Cinta/Keabadian Cinta dan banyak lagi didendangkan secara solo bergilir-gilir atau duet.

Semestinya gabungan saya sebut di atas telah menghasilkan sebuah persembahan hebat lagi bertenaga. Kehebatan itu mampu didengar kini kerana terhasilnya album live mereka berdua. Buat mereka yang hadir pada konsert setahun lalu, ini adalah hadiah paling berharga mahu dijadikan kenang-kenangan. Bagi yang terlepas peluang, nah, dengarkan sendiri bukti kehebatan mereka yang diperkatakan itu.

“Kami telah lama saling mengenali dan bersama berkecimpung dalam industri muzik. Semestinya, dia adalah seorang yang saya amat kagumi, dan  tentunya salah satu daripada rakan duet kegemaran saya,” ujar Dayang.

dayang

“Dayang adalah seorang yang sangat senang untuk saya bekerja dan berkongsi dengan, dia begitu berbakat dan saya amat berbesar hati dapat berkarya dengannya, lebih-lebih lagi untuk projek khas ini,” ujar Anuar pula.

Album Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas  memuatkan sejumlah 14 lagu yang telah dipilih dengan teliti. Empat darinya adalah duet istimewa Anuar dan Dayang.