20,000 Penonton Banjiri Konsert Linkin Park

Share

photo 5

Penonton seramai 20,000 orang terhibur dengan konsert Living Things World Tour Linkin Park tempoh hari. Dua pemenang tiket Linkin Park Elegan turut tenggelam dengan lagu-lagu popular didendangkan mereka. Linkin Park juga berjaya menawan 5,000 penonton dari luar negara.

photo 2

Bennington, Mike Shinoda (rapper), Rob Bourdon (drum), Dave Farrell (bass), Brad Delson (gitar) dan Joe Hahn (turntable) menyampaikan lagu Tinfoil, Faint, Papercut, Given Up With You dan Somewhere I Belong.

5 Hari Lagi Konsert Linkin Park

Share

Itulah ucapan Selamat Hari Raya dari Chester, pendokong utama kumpulan Linkin Park yang akan bertemu peminat Malaysia pada 19 Ogos 2013 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Tiket RM95 (M3) dan RM550 (The Pit) kini telah habis dijual. Satu petanda baik bagi kumpulan itu dan mereka sudah bersedia memberikan persembahan terbaik buat semua peminat.

Tinggal lima hari sahaja lagi namun kamu masih berkesempatan mendapatkan tiket tempat duduk bebas harga RM195 dan RM295, tiket berdiri bebas RM350, RM450 dan RM680. Layari www.ticketcharge.com.my atau telefon 03-9222 8811 untuk sertai liburan kami.

Jumpa di sana!

Sedia ke Konsert Linkin Park?

Share

Linkin Park PicKonsert jelajah dunia Living Things membawa kumpulan metal Linkin Park bertandang ke Malaysia tidak lama lagi. Pastinya ini berita baik buat peminat kumpulan ini. Jadi pastikan kamu menanda diari pada tarikh 19 Ogos 2013, jam 8 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Sebuah hiburan didatangkan istimewa oleh Wonderland+.

Eksklusif kerana Likin Park memilih hanya Malaysia sebagai persinggahan mengadakan konsert jelajah mereka di Asia Tenggara. Jadi peminat-peminat mereka dari negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura dialu-alukan untuk bertandang menyaksikan persembahan hebat mereka.

Harga tiket RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan tempat duduk bebas. Manakala RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (the Pit) dikategori tempat berdiri bebas. Tiket harga RM680 pula buat peminat VIP. Bagi kamu pembeli tiket awal akan sepanjang tempoh pra jualan (21 Jun – 30 Jun) bakal menerima diskaun 10 peratus.

Layari www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian (+60) 3 9222 8811 atau www.facebook.com/thewonderlandplus hari ini.