Dua Negara Menyatu Dalam Escape Plan

Share

Mahu memenuhi waktu bersama teman-teman, jangan lupa menonton sekual Escape Plan. Menarik atau tidak? Kamu sahaja mampu menilainya.

Bumblebee Membuai Perasaan Penonton

Share

Bumblebee hebat bertempur tetapi dia juga seorang yang manja, lucu, menawan hati dan penyayang.

Menang Hadiah Eksklusif To The Fore

Share

To The Fore adalah sebuah filem bertemakan sukan berbasikal yang penuh dengan rintangan,  keberanian, cabaran gentir, drama dan air mata yang diharungi oleh pesaing-pesaing berbasikal profesional.

Filem Hebat Sepanjang Bulan Lalu

Share

Sepintas lalu mengimbau semula beberapa filem yang telah ditayangkan dan mendapat tempat di hati penonton malah menjadi kesukaan saya juga.

Menangi Tiket Wayang Poltergeist

Share

Poltergeist Kembali Menghantui. Filem seram yang popular sekitar 1982 kini kembali malah diberi nafas baharu. Pastinya lebih menyeramkan dan mendebarkan. Mengisahkan sebuah keluarga yang baru berpindah kesebuah pinggir Bandar tanpa menyedari keadaan kediaman baru mereka itu dikuasai oleh kuasa jahat.

Lagak Tom Cruise dalam Oblivion

Share

“Are you an effective team?” soal Sally kepada Victoria (Andrea Riseborough) teman setugas Jack Harper (Tom Cruise) setiap kali sebelum mengakhiri bicara.

stillshots-4

Filem Sci-fi arahan Joseph Kosinski ini berkisar keadaan bumi di tahun 2077. Jack Harper dan Victoria ditugaskan menjadi juruteknik di bumi yang dilanda serangan makhluk asing. Kesepian terlihat di wajah Jack Harper setiap kali melewati kawasan-kawasan yang menjadi kenangan.

Tanpa pengetahuan semua, dia membina sebuah rumah di tepi tasik. Tempat persembunyiannya itu menghadirkan sisa imbasan kenangan mengenai masa silam yang masih kabur. Biarpun dia bersama Victoria tetapi dirasakan ada kekurangan dalam hidupnya.

stillshots-1

Keadaan agak cemas apabila satu objek telah jatuh ke bumi. Jack Harper telah menyelamatkan seorang wanita jelita Julia Rusakova  (Olga Kurylenko) yang sering hadir dalam igauannya. Keadaan itu mendatangkan rasa tidak senang hati Victoria.

Ada pula puak pemberontak dipimpin pelakon Morgan Freeman yang masih hidup telah menawan Jack Harper dan Victoria. Kesedaran timbul sejak mengetahui Julia adalah isterinya pada masa lalu. Dia juga bertembung dengan seorang lagi Jack Harper dan Victoria di kawasan dikatakan penuh dengan nuklear.

stillshots-3

Saya cuma tak tahan melihat adegan romantik yang kurang menyentuh hati. Kisah cinta yang disampaikan kurang berkesan. Manakala aksi-aksi lasak pula wajib ditonton. Apakah yang bakal berlaku berikutnya? Saksikan Oblivion di pawagam bermula 11 April 2013.

 

Dongeng Hansel & Gretel Beraksi

Share

Kisah dua beradik ditinggalkan di hutan dan terperangkap di rumah gula-gula biasa kita dengar sejak kecil. Kemudian mereka terperangkap dengan ahli sihir yang suka menjadikan kanak-kanak sebagai hidangannya. Sebelum itu kanak-kanak lelaki itu disuruh makan agar lebih gemuk.

Ternyata Hansel dan Gretel berjaya memboloskan dirinya dari ahli sihir itu. Sebab itu mereka menjadi kisah mitos paling hebat diceritakan turun-temurun.

Filem ini pula menceritakan apa terjadi selepas mereka menginjak alam dewasa. Dari situlah bermulanya pengembaraan hebat dua beradik memburu ahli sihir. Mereka terkenal diseluruh pelosok daerah. Maka lahirlah Hansel & Gretel: Witch Hunters.

hansel & gretel

Mereka menerima jemputan orang besar di sebuah kampung menyiasat kehilangan kanak-kanak. Di situlah Hansel (Jeremy Renner) dan Gretel (Gemma Arterton) menghadapi cabaran berdepan anggota polis yang bertindak sembrono dan menentang mereka.

Akhirnya penyiasatan mereka membawa jawapan pada kisah silam. Rahsia terbongkar mengapa mereka kebal dari kuasa sihir. Rupa-rupanya ibu mereka adalah ahli sihir baik yang jatuh cinta dengan peladang. Mereka meninggalkan dua beradik itu untuk selamatkan diri dari masyarakat setempat. Ibu dan bapa mereka dibunuh pada hari yang sama.

HANSEL & GRETEL: WITCH HUNTERS

Kami dibawa menonton di pawagam digital Imax yang memberi kepuasan mata. Saya sekali terkejut seolah-olah ada peluru mahu menembusi. Jalan cerita kemas tetapi mampu dibaca kesudahannya pasti ada watak baik yang mati. Namun penuh dengan adegan aksi yang digarap dengan baik.

Tetapi kemunculan watak ahli sihir Muriel semestinya mendapat perhatian kerana watak itu dipegang oleh Famke Janssen, pelakon Bond Girl dan X-Men. Aksi penuh debar juga menjanjikan kepuasan. Hansel & Gretel: Witch Hunters akan di pawagam pada 24 Januari dalam 3D.

HANSEL & GRETEL: WITCH HUNTERS

 

Kisah Seram MAMA Di Pawagam

Share

Sebelum ke filem prebiu MAMA saya sempat mencari trailer kerana ingin mengetahui serba sedikit mengenainya. Hanya beberapa minit trailer saya sudah tahu filem ini sangat menakutkan. Bagi penggemar filem seram, apa ditunggu lagi. Minit awal filem sudah muncul kelibat-kelibat yang tidak diingini. Sepanjang menonton, saya menutup mata kerana mengelak kejutan dari filem.

MAMA_HIRES

Guillermo del Toro mempersembahkan Mama, filem supernatural thriller yang pasti mendebarkan. Kisah dua beradik Victoria dan Lilly dilarikan bapanya setelah membunuh isteri dan rakan kongsi. Ketika melarikan diri kereta dipandu bapanya tergelincir. Lalu mereka tiba di sebuah pondok dalam hutan. Bapa mereka berniat membunuh dua beradik ini tetapi diselamatkan satu lembaga yang akhirnya membesarkan mereka di pondok itu.

CC18_TP_00041R

Bapa saudara mereka, Lucas tidak pernah putus asa mencari. Lima tahun berlalu barulah dua beradik ini dijumpai tetapi kerana telah lama hidup terasing, mereka jadi seperti liar dan ketakutan. Lucas dan teman wanitanya Annabel cuba memperkenalkan kehidupan normal kepada Victoria dan Lilly. Begitupun lembaga yang menjaga mereka selama ini telah mengekori ke mana sahaja mereka pergi.

CC18_TP3_00004R

 

Seandainya kamu penggemar kisah seram, MAMA mampu menambah debaran dengan banyak adegan seram. Seorang teman memberi komen, pulang ke rumah tidak lelap mata kerana masih terbayang-bayang. MAMA di pawagan bermula 17 Januari 2013.