Persediaan Perkahwinan di Latur

Share

image

image

Gedung ini memyediakan kelengkapan perkahwinan dari persalinan dan hantaran berasaskan songket, hiasan pemanjangan dan dekorasi lengkap rumah. Mudah bagi pasangan pengantin, keluarga dan pengatur acara perkahwinan untuk beli-belah.

image

image

Pemiliknya Leena Hassan membawa konsep ini bagi kemudahan semua bakal pengantin mempersiapkan diri. Latur juga giat membuat promosi dengan Kraftangan.

image

image

Gedung 1 Stop Wedding Centre ini ada empat tingkat yang meletakkan lantai barangan harga istimewa, barangan perkahwinan, bunga hiasan, hiasan dalaman rumah dan songket.

image

image

Lokasinya juga strategik terletak di Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam. Latur juga jadi tumpuan pemborong dan peruncit.

Day1 Kembara Selangor

Share

image

Seperti biasa, kami berkumpul di Matic dan memulakan perjalanan Kembara Selangor bersama Majalah Gaya Travel ke Shah Alam. Persinggahan pertama kami untuk perasmian dan makan pagi adalah di Ndah Canopy & Catering, Shah Alam.

image

image

Kemudian kami beredar ke Port Klang melihat pembuatan ukiran ulu parang di Asramael Craft Enterprise. Pelbagai kayu digunakan seperti kayu cendana, qrang bunga, kemuning hutan, cempedak dan banyak lagi.

image

image

image

image

Deatinasi kedua kami di Cipta Edar Dho Sdn Bhd, Puchong. Saya terpana melihat pembuatan kayu rehal ditunjukkan. Kemahiran turun temurun ini diusahakan Encik Zaimi. Produk ini boleh dibeli di Mydin. Rehal diperbuat dari kayu getah berkualiti perabot.

image

image

image

image

image

Makan tengah hari kami di Kedai Kopi, Shah Alam. Saya ketika di majalah Impiana biasa datang ke mari shooting. Agak lama tidak menginjakkan kaki di sini.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Buat masa ini saya sedang santai di kamar. Malam ini saya menginap di De Art Hotel, Seksyen 7, Shah Alam. Biasa melihat jotel ini dari luar, rupa-rupanya dekorasi hotel ini menarik
Setiap kamar ditata rias berbeza. Harga kamar dari RM88 – RM208.

Selepas ini, lawatan pelancongan I-City Shah Alam. Berada dalam gebar rasanya mahu bermalas-malas terus.