10 Destinasi Romantis Buat Kekasih

Share

Tadi baru seorang teman bertanya, Greece trip mana? Alkisah kami berangan-angan mahu ke Greece sudah lama. Jangan bertangguh mahu merancang bercuti terutama mahu bawa sang kekasih ke destinasi paling romantis.

Trip Jakarta: Jaksa Atau Sabang?

Share

Saya dalam dilema pabila teman-teman saat akhir membatalkan perjalanan masing-masing. Mereka punya hal peribadi yang harus dibereskan. Sedang saya memerlukan percutian setelah lelah 26 hari menggalas tugas HOD wardrobe filem Kitai di produksi MIG. Nekad saya memeruskan penerbangan sendirian pada malam 12 haribulan itu. Alahai, penerbangan Malaysia Airlines lewat sejam, sepatutnya jam 10 jadi 11 malam. Pasti saya akan tiba lewat jam 1 pagi. Mujur dari lapangan terbang ke bandar hanya 25km iaitu 15 minit sahaja.

Day1 Kembara Selangor

Share

image

Seperti biasa, kami berkumpul di Matic dan memulakan perjalanan Kembara Selangor bersama Majalah Gaya Travel ke Shah Alam. Persinggahan pertama kami untuk perasmian dan makan pagi adalah di Ndah Canopy & Catering, Shah Alam.

image

image

Kemudian kami beredar ke Port Klang melihat pembuatan ukiran ulu parang di Asramael Craft Enterprise. Pelbagai kayu digunakan seperti kayu cendana, qrang bunga, kemuning hutan, cempedak dan banyak lagi.

image

image

image

image

Deatinasi kedua kami di Cipta Edar Dho Sdn Bhd, Puchong. Saya terpana melihat pembuatan kayu rehal ditunjukkan. Kemahiran turun temurun ini diusahakan Encik Zaimi. Produk ini boleh dibeli di Mydin. Rehal diperbuat dari kayu getah berkualiti perabot.

image

image

image

image

image

Makan tengah hari kami di Kedai Kopi, Shah Alam. Saya ketika di majalah Impiana biasa datang ke mari shooting. Agak lama tidak menginjakkan kaki di sini.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Buat masa ini saya sedang santai di kamar. Malam ini saya menginap di De Art Hotel, Seksyen 7, Shah Alam. Biasa melihat jotel ini dari luar, rupa-rupanya dekorasi hotel ini menarik
Setiap kamar ditata rias berbeza. Harga kamar dari RM88 – RM208.

Selepas ini, lawatan pelancongan I-City Shah Alam. Berada dalam gebar rasanya mahu bermalas-malas terus.

Kamar 3A Villa Haflin di Villa Danialla

Share

2

Ketika diundang bercuti ke Tok Bali, Kelantan, saya bersetuju sahaja memandangkan itu kampung halaman. Kiranya saya akan lanjutkan percutian dan balik ke rumah keluarga sekali gus. Saya tiba sehari lewat sendirian di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Mengambil teksi lapangan terbang ke Tok Bali hanya RM69 sehala. Kiranya inilah kali pertama saya bercuti di kampung halaman sendiri. Pengalaman sangat mengujakan.

11111

111

1111

Dua malam mengasyikkan tinggal di Villa Haflin kamar 3A takkan dapat saya lupakan. Kamar paling cantik, kata teman-teman. Mereka meninjau masuk dan mencemburui saya. Nasiblah! Terima kasih banyak-banyak Haflin. Sememangnya setiap kamar di Villa Danialla Beach Resort dihias berlainan dekorasi dan susun atur perabot. Pemilik memilih pelan lantai berbeza-beza dari segi letak kamar beradu, kamar mandi dan ruang istirehat. Pemilihan material dinding, lantai dan jubin juga lain.

1image_5

Kamu boleh memilih untuk tinggal di Villa Russkaya, Villa Hamat, Villa Meriam, Villa Haflin, Villa Sarah, Villa Zainab, Villa Fatimah, Villa Matahari atau Villa Ombak. Harganya bermula RM300 ke atas mengikut cita rasa masing-masing. Istimewanya Villa Danialla kerana berada di pesisiran pantai indah Tok Bali. Memiliki sebuah kolam renang indah sungguh mengasyikkan.

image_2

image

Apa boleh dilakukan di sini? Jawapannya banyak aktiviti termasuk aktiviti mahu melayan perasaan bersendirian. Villa Danialla sangat cantik untuk dijadikan lokasi perkahwinan, melakukan aktiviti sukan laut seperti jet ski, menunggang kuda, mencari permainan tradisional seperti wau dan sebagainya. Lokasi ini juga menjadi pilihan korporat mengadakan mesyuarat atau krusus.

image_1

11

image_4

Selain itu kamu boleh berkunjung ke bandar kerana jarak vila ini hanya 48km dari Kota Bharu. Hari terakhir kami dihabiskan waktu ke Pulau Perhentian—Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Tok Bali berdekatan sahaja dengan jeti Kuala Besut. Menaiki bot yang meluncur laju ke pulau hanya mengambil masa setengah jam. Kemudian bot kami berlabuh sedikit jauh dari pantai kerana dikhuatiri memusnahkan batu karang. Kemudian kami menaiki ‘teksi’ iaitu bot-bot kecil ke pantai.   

image_3

photo 1 photo 2

Tiada paling indah melain pulang ke kamar 3A saya di Villa Haflin. Sememangnya pada lain masa saya berniat mahu kembali dan kekal memilih kamar 3A ini. Sangat selesa, nyaman dan membuai lena yang panjang. Sesuai bagi penulis seperti saya mahu berkurung dan menghasilkan naskhah baharu. Kalau merancang percutian ke Pantai Timur, jangan terhadkan destinasi kamu. Villa Danialla semestinya menawarkan banyak kemudahan buat kamu.

Pagi di Starbucks

Share

Kembara Cuti-Cuti Malaysia 2013 kembali lagi ke destinasi seterusnya di kota bersejarah Melaka. Kali ini saya berpeluang menyertai kembara selama empat hari tiga malam itu bermula 21 – 24 Mei 2013. Seawal pagi kami sekumpulan media dan ejen pelancongan berkumpul di Matic dan memulakan perjalanan.

Namun kami singgah sebentar di Starbucks Drive Thru, Sungai Besi untuk sarapan pagi. Sajian dihidangkan penuh meja aneka sandwich, donut, kek dan banyak lagi. Makan bersulam kopi dan teh panas lagi keras menyegarkan mata yang separuh buka. starbucks sentiasa bermurah hati menjaga kami kumpulan Kembara. Terima Kasih Daun Keladi!20130525-014229.jpgKembara Cuti-Cuti 1Malaysia ini dibawakan oleh Gaya Travel Magazine dengan sokongan Tourism Malaysia. Bukan hanya di Melaka tetapi kembara ini akan berterusan lagi ke beberapa negeri lain di Malaysia. Tujuan utama kembara ini adalah untuk memperkenalkan lokasi-lokasi melancong di seluruh Malaysia. Selain media membuat liputan, ejen pelancongan pula bolehlah merancang pakej pelancongan untuk dihidangkan kepada pelanggan-pelanggan mereka.20130525-014242.jpgStarbucks drive thru atau Starbucks pandu lalu baru diperkenalkan bagi memudahkan penggemarnya menikmati Starbucks lebih mudah. Starbucks pandu lalu terdapat di Johor Bahru, Shah Alam, Cyberjaya, Petronas Kajang di sepanjang lebuh raya dan juga Pulau Pinang.20130525-014333.jpg

Bagaimana Menyusun Bagasi Paling Mudah…

Share

travel

Dua hari sebelum perjalanan saya sudah memikirkan apa perlu dibawa untuk kembara lima hari ke Jakarta/Bandung. Tiba sahaja di destinasi, ada tayangan perdana filem Gending Sriwijaya perlu saya hadiri. Filem Karya Hanung Bramantyo, pengarah filem Ayat-ayat Cinta.

Ada beberapa urusan lagi perlu dilunaskan di Bandung pula. Dalam waktu yang sama kerja-kerja menulis, saya bawa bersama. Semua ada tarikh matinya—Dateline/Deadline—Apa-apalah dipanggil. Kerja menulis di majalah, proposal TV dan skrip. Majalah rujukan dan dokumen penting perlu di bawa.

filem indonesia

Waktu berjalan pantas, saya perlu memikirkan bagaimana mahu memuatkan segala kelengkapan kerja juga. Kalau boleh biar rancangan kerja berjalan lancar tetapi tidak mengganggu kembara ini. Tidaklah sampai perlu tambah satu lagi bagasi. Satu sudah mencukupi.

Ada yang suka kembara secara backpack tetapi kali ini kembara saya lebih elegan dengan mencampakkan bagasi ke kargo dan menaiki pesawat dengan tas tangan sahaja. Tidak seperti selalu saya rajin memikul beg ke dalam pesawat. Atau teman saya yang tolong pikul (senyum).

packing

1. Mula-mula ketahui keadaan cuaca destinasi kamu. Saya hanya ke Negara jiran. Semestinya cuaca lebih kurang sama sahaja. Bagi kamu yang kembara lebih jauh, perlu fikirkan pakaian bersesuaian dengan keadaan cuaca destinasi kamu kunjungi.

2. Tinjau gerobok kamu, apa yang mahu dibawa. Atur apa mahu dipakai pada setiap hari. Jangan terlebih bawa tetapi kalau kurang, boleh dibeli kemeja-T atau seluar pendek di sana. Ada teman saya bawa kurang pakaian kerana merancang mahu beli-belah di sana. Saya bawa cukup-cukup pakaian kerana 1)tidak merancang beli-belah dan 2)mahu berjimat (Kala menulis ini saya tersenyum kerana tidak percaya dengan diri sendiri).

3. Gulung pakaian bukan sekadar jimat ruang tetapi mengelak dari pakaian berkedut. Efektif jika mahu digunakan terus pabila tiba di destinasi. Seandainya cukup ruang, lipat empat segi sahaja. Segala-galanya bergantung pada besar bagasi kamu. Saya gulung semua. Aksesori di letak dalam bekas plastik penyimpanan sebelum disusun. Kotak barang kemas tak praktikal dibawa. Sepatu juga dibungkus terlebih dahulu.

4. Barang-barang fragile letak di tengah-tengah lipatan pakaian agar lebih selamat. Barang paling fragile lagi penting bagi saya, alat solek dan wangian. Pakaian paling penting diletak teratas agar mudah dicapai. Contohnya untuk hadirkan diri di tayangan perdana esok setelah tiba di Jakarta, saya sediakan pakaian ke acara itu paling atas.

5. Bagi kumpulan pakaian dalam, selit-selitkan sahaja mana-mana bahagian lohong. Bawa secukupnya.

6. Saya suka mengikat skarf pada pemegang bagasi agar mudah melihat ketika mengutip bagasi di laluan bagasi.

7. Barang-barang berharga biarlah di dalam tas tangan kamu. Atau dibungkus kecil agar mudah dimuatkan di bawah tempat duduk atau disimpan di tempat penyimpanan di atas kamu. Saya cukup dengan tas tangan sahaja.

Apa lagi ya? Oh ya, jangan lupa siap-siap letak passport di dalam tas tangan. Juga nombor rujukan tiket penerbangan. Alamak, saya belum tukar mata wang… Jumpa lagi!

Penginapan Elegan di Sutera Harbour

Share

lobi dari atas

Saya menerima undangan menyertai Kembara Cuti-Cuti 1Malaysia ke Sabah bumi di bawah bayu dengan hati lapang. Sementelah minda perlu direhatkan dan bertugas disamping mengembara ini adalah peluang keemasan. Terima kasih daun keladi kepada team majalah Gaya Travel.

Bersama sekumpulan media lain saya dibawa ke bumi Borneo bagi menikmati sendiri keindahannya. Saya tiba di lapangan terbang seawall enam pagi pada 20 November lalu, diterbangkan ke Sabah oleh Malaysia Airlines. Tiba di Kota Kinabalu pula, kami disambut mesra wakil hotel Sutera Harbour Resort dan diberi penginapan selesa di The Pacific Sutera Hotel.

Hanya sejam kami diberi ruang melepaskan lelah. Setelah itu kami dibawa wakil hotel keliling Sutera Harbour Resort bermula di The Pacific Sutera Hotel, ke The Magellan Sutera Resort, Sutera Harbour Marina hinggalah ke Golf & Country Club. Panorama indah disekeliling dengan berlatarkan Gunung Kinabalu, resort ini begitu nyaman di pandangan mata.

penginapan sutera harbour

Saya memerhati seluruh kamar yang selesa didiami. Pilihan kamar diklasifikasikan sebagai kamar Deluxe, Junior Suite, Executive Suite, Pacific Club dan Presidential Suite. Dibina dengan balkoni peribadi yang lengkap dengan kamar mandi dan tab mandi. Bukaan tingkap kamar mandi langsung mencuri panorama indah dari balkoni kamar. Begitu romantik sekali. Kamar saya berhadapan dengan panorama kolam renang dan laut luas. Ada teman mendapat pemandangan pelabuhan di mana kapal-kapal peribadi berlabuh.

Ketika menunggu teman-teman lain tiba, saya minat dengan pintu utama The Pacific Sutera Hotel yang bersiling tinggi di bahagian lobi. Terdapat 500 suites dan kamar tamu beserta kemudahan-kemudahan asas lain. Kami tadi 10 minit sahaja dari lapangan terbang kemari. Lokasinya strategik terletak di pusat komersial begitu sesuai buat pelancong. Perkhidmatan pelanggannya juga menakjubkan. Mereka ramah tamah menyambut ketibaan kami.

pemandangan sutera harbour

Bukan sekadar sebagai penginapan malah Sutera Harbour Resort sendiri menyediakan pelbagai kemudahan anda perlukan. Pasti kamu memerlukan sehari dua untuk meneroka seluruh resort ini. Terdapat kemudahan rekreasi disediakan seperti permainan golf, tenis, squash, kolam renang, kelab kanak-kanak, boling, gimnasium, spa antarabangsa, auditorium dan banyak lagi.

Pilihan menjamu selera juga ada di sini dari pilihan makanan Cina seperti di Silk Garden, Café Boleh dan Lobby Lounge untuk minum secangkir kopi. Saat matahari tenggelam adalah pemandangan paling indah di sini. Setelah itu, rancang malam kamu di kota bersama teman-teman. Hanya lima minit perjalan sudah tiba di kota, pastinya aktiviti diatur bakal dipenuhi dengan sempurna. Bagi kamu yang hanya mahu di hotel saja, nikmati hiburan Waves Pool Bar dan Jugs.

 Bersambung…