Share

Wanita paling tidak punya masalah mahu bersiap termasuk menyembur wangian. Bagaimana pula sang lelaki saat merapikan diri mereka? Jangan tak tahu ada di antara lelaki yang lebih cerewet mahu bersiap daripada wanita. Berikut adalah video tip lelaki menyembur wangian Avon Attraction for Him. 

Kebetulan pula Februari hari berkasih sayang. Kita tak meraikan tetapi kita sudah biasa dengan kemeriahan itu. Andai ingin kamu menghadiahkan kekasih wangian, apa salahnya memilih Avon Attraction for Him atau Avon Attraction for Her.

IMG_7398

Bagi kamu yang mahu lebih romantis, apa salahnya menghadiahkan link video ini buat si dia. Kekasihmu mungkin lelaki yang paling ringkas. Bolehlah kamu berkongsi tip lelaki memakai wangian.

Wangian mampu menarik perhatian tetapi kita memakai minyak wangi untuk keyakinan diri menjadi lebih tinggi. Maklumlah cuaca panas di negara kita, boleh menghasilkan peluh. Apabila berpeluh, macam-macam bau boleh timbul dan kurang menyenangkan diri sendiri. Seandainya wangianmu mampu menarik perhatian, itu suatu bonus dirimu.

Kekeliruan sering terjadi, apabila label diletakkan. Mahu memilih yang mana satu?

  • Eau Fraiche. Wangian paling cair, hanya 1-3% minyak wangiandan air. Bauannya bertahan kurang dari sejam.  The most diluted version of fragrance, usually with 1-3%
  • Cologne (Eau de Cologne). Terma lama wangian, digunakan di Amerika Utara buat lelaki maskulin. Ringan, segar dan bauan buah-buahan, gandingan 2-4% minyak wangian dan air. Sesuai untuk remaja dan bertahan dua jam.
  • Toilette (Eau de Toilette). Komposisi wangian ringan dengan 5-15% pati wangian asli. Wangian mampu bertahan tiga jam.
  • Perfume (Eau de Parfum). Digunakan dalam produk wanita dan lelaki, dan terma terbaik dalam wangian.  used to describe both men’s and women’s products, and is the best term for describing a fragrance. Kandungan 15-20% wangian asli dan bertahan dari lima hingga lapan jam.
  • Parfum. Lahir dari perkataan Latin per fumum. Terkandung 20-30% pati wangian asli. Satu calitan mampu bertana 24 jam.

Fotografi Produk: Sky Shum Ka Yeung

IMG_7409 IMG_7410 IMG_7411

Avon Attraction for Him

Gandingan ginger root, magnetic musk dan smoky woods memberikan haruman lebih kuat tetapi sesuai buat lelaki. Botolnya lebih tinggi ternyata memberi identiti tersendiri buat sang jejaka. kedudukannya serasi.

IMG_7404 IMG_7402 IMG_7406

Avon Attraction for Her

Biar pun lebih comel tetapi apabila bersatu dengan botol lelaki, sangat sepadan. Bauan  magnetic dan woody fruity pastinya lebih lembut persis kelembutan wanita.

IMG_7430 IMG_7417

Perasmian Wangian Avon

Saya suka berkongsi dengan peminat, mengenai produk terbaharu Avon. Sehingga kini wangian Avon sangat berpatutan. Sangat sesuai digunakan remaja terutama dengan keadaan ekonomi negara sekarang. – Duta Avon, Fathia Latiff

Sertai Pencarian Bintang Simply Pretty #faceyourfears dengan layari my.avon.com