Share

Merawat kulit dari dalam dengan formula berkualiti dan tersendiri dari Vaseline. Menerusi warisan aslinya, menggunakan Vaseline Jelly yang dikenali sebagai ‘wonder jelly’ adalah kekuatan produk ini. 

Keluaran terbaharu menggunakan losen berinovatif yang mempunyai titisan mikro Vaseline Jelly ini pastinya sangat membantu kamu merawat kulit dari dalam. Memang kita biasa mengalami masalah kulit kering dan rosak disebabkan faktor alam sekitar. Duduk berlama-lama dalam penghawa dingin juga jadi masalah sama.

Tona kulit juga jadi tidak sekata yang membawa rasa kurang selesa dalam dirimu. Pabila kulit tampak kusam dan kering, itu adalah petanda kamu mengalami masalah dalaman. Justeru, Vaseline membantu memberikan penyelesaian berpanjangan serta manfaat jangka panjang. Kulit pun lebih cerah dan licin.

02 01.1

Rangkaian produk baharu ini tidak melekit memberi keselesaan kepada pemakai. Kemudian melembap jauh ke dalam untuk memulihkan kulit kering selain menyokong pencerahan kulit. Ini bermaksud losen Vaselin baharu ini mampu menangani maslah lebih mendalam.

Vaseline Jelly ini mampu mengunci kelembapan dan membantu wanita memulihkan kerosakan kulit.

Vaseline-Groupshot 2015 Whitening Insta KV_Vert

“Sejarah Vaseline bermula 145 tahun lalu dengan keazaman Sir Robert Chesebrough dan minatnya memahami tiga fungsi pembersihan Vaseline Jelly dan keajaiban yang dilaukannya pada kulit. Hari ini, matlamat kami adalah menjadikan Vaseline Jelly yang asli dan bersifat pemulihan ini sebagai keutamaan,” ujar Ashlee Ng, Pengarah Produk Penjagaan Diri, Unilever (Malaysia) Holding Sdn. Bhd.

Terdapat titisan mikro Vaseline Jelly di dalam 8 varian rangkaian losyen Vaseline Intensive Care dan rangkaian Vaseline Healthy White. Malah, semua varian pencerahan hadir dengan manfaat tambahan untuk memenuhi keperluan kulit setiap individu.

Rangkaian Pencerahan Sihat Vaseline merangkumi:-

  • Insta Fair dengan Skin Micro Reflector, vitamin B3 dan Glycerin – untuk kecerahan nyata dari aplikasi pertama dan melembapkan kulit agar kulit kelihatan cerah dan lembut sentiasa
  • UV Lightening dengan vitamin B3 dan tiga kali ganda pelindung suria – untuk kulit lebih cerah dalam masa 2 minggu
  • Perfect 10 dengan AHA dan Pro Retinol – untuk manfaat 10-dalam-1 bagi kulit yang kelihatan cerah sempurna
  • SPF24 PA++ untuk Perlindungan UVA dan UVB – untuk pencerahan kulit di di sampling pelindungan dari matahari

Rangkaian baharu Vaseline dengan titisan mikro Vaseline Jelly kini boleh didapati di kini boleh didapati di semua semua peruncit utama, farmasi dan pasar raya besar di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang produk tersebut, layari www.vaseline.com.my.