Share

Saya dalam dilema pabila teman-teman saat akhir membatalkan perjalanan masing-masing. Mereka punya hal peribadi yang harus dibereskan. Sedang saya memerlukan percutian setelah lelah 26 hari menggalas tugas HOD wardrobe filem Kitai di produksi MIG. Nekad saya memeruskan penerbangan sendirian pada malam 12 haribulan itu. Alahai, penerbangan Malaysia Airlines lewat sejam, sepatutnya jam 10 jadi 11 malam. Pasti saya akan tiba lewat jam 1 pagi. Mujur dari lapangan terbang ke bandar hanya 25km iaitu 15 minit sahaja.

image

image

Saya dalam dilema pabila teman-teman saat akhir membatalkan perjalanan masing-masing. Mereka punya hal peribadi yang harus dibereskan. Sedang saya memerlukan percutian setelah lelah 26 hari menggalas tugas HOD wardrobe filem Kitai di produksi MIG. Nekad saya memeruskan penerbangan sendirian pada malam 12 haribulan itu. Alahai, penerbangan Malaysia Airlines lewat sejam, sepatutnya jam 10 jadi 11 malam. Pasti saya akan tiba lewat jam 1 pagi. Mujur dari lapangan terbang ke bandar hanya 25km iaitu 15 minit sahaja.

Dilema saya lagi memilih lokasi penginapan. Hotel belum ditempah satu hal. Seorang teman menyarankan saya memilih Le Margot hotel bersebelahan kafe KL di jalan Jaksa. Seorang lagi teman menyuruh saya ke Maxone Hotel di jalan Sabang. Saya pernah menginap di situ pada kunjungan lalu. Kata teman Bandung di situ agak selamat kerana bimbang mereka saya sendirian.
image

image

image

Tiba di Jakarta saya langsung ke Maxone dan ternyata semua kamar penuh. Tip: Sediakan 150 ribu untuk teksi dari lapangan terbang ke kota Jakarta. Lalu saya nekad menaiki bajai hanya bayar 20 ribu rupiah. Tip: Menaiki kenderaan awan seperti bajai aka tut tut atau motosikal ojek, selain murah lebih menyeronokkan dan mampu elak macet aka kesesakan lalu lintas.

Apa nak takut melancong sendirian. Ini bukan kali pertama kerana 10 tahun lalu saya mengembara dari London ke Manchester pun sendiri sahaja. Sampaikan emak menyekat bantuan kewangan kerana tidak setuju langsung saya ke sana sendirian. Panjang akal saya pinjam duit dengan kakak. Tapi itu ada yang menunggu di sana. Ini memang sendirian sepanjang empat hari tiga malam.

Tiba di Le Margot, omg, kamar penuh juga. Hujung tahun berjalan itulah risikonya. Saya disarankan ke KL inn sahaja. Hotel ini pemilik sama Kafe KL berasal dari Kuala Lumpur. Sarapan pagi pun di Kafe KL. Mujur ada kamar masih kosong. Jalan Jaksa ni agak kecil hanya laluan muat satu kereta sahaja. Tempat ini banyak hostel menjadi tumpuan pelancong asing daripada barat, mat salih atau bule gelaran diberi orang Indonesia.

image

Kebetulan teman saya, beautiful Nisa’ Halid, Senior Beauty Writer Majalah GLAM, sekeluarga sedang bercuti di sini. Lalu kami mengambil kesempatan bertemu di Tanah Abang. Tips: Naik ojek milik hotel hanya 20 ribu rupiah dan pergi 20 ribu rupiah balik. Selesai beli-belah telefon saja hotel dan ojek akan datang menjemput. Makan di sini tak susah kerana ada kafe KL yang sajikan makanan Malaysia. Semua ada daripada roti canai sampaikan teh tarik. Tapi apalah gunanya ke Jakarta kalau mencari makanan KL. Habis diet saya menikmati menu nasi Padang di jalan Jaksa itu. Gulai tunjang atau urat lembu dan lele atau ikan keli enak sekali.

Sepatutnya jam empat saya ditemani penyambut tetamu hotel ke spa di Jalan Cikini Raya tetapi hujan mulai turun. Memandangkan program ke spa tak jadi, saya ke Plaza Sarinah. Hujan-hujan diredah juga. Bukan apa, mencari produk kecantikan jenama maXfactor. Sayangnya maXfactor tidak lagi dijual di KL. Memang dah berniat mahu mencari foundation. Tergoda pula dengan gincu merah dan blusher. Mahu yang lain-lain tapi bajet. Jurujual yang baik hati menghadiahi saya percuma lip gloss keluaran terbaru. Sambil menyelam minum air, saya singgal di salun pernah saya kunjungi dulu. Salun di lantai satu penuh lalu saya ke lantai dua membuat cream bath (50 ribu rupiah tetapi kerana rambut panjang ditambah 25 ribu lagi), manicure dan pedicure (kedua-duanya dalam 80 ribu rupiah).
image

image

image

image

Malamnya saya dijemput teman baru si penyambut tetamu untuk berlibur di kota Jakarta bertemu teman-temannya. Saya lalu mencuba alat solek baharu. Bedak alas wajah masih ada yang lama. Saya sekadar memcuba pemerah pipi dan gincu merah menyala. Waran rasmi gincu saya selalunya rona pale atau natural. Sudah puas pakai merah ketika era ‘merah sangatlah mak ngah’. Masa tu masih bertugas  di Malaysia Airlines. Tak sangka gincu merah ‘come back’ kini.
image

image

image

image

Itulah kejadian pada hari kedua di Jakarta. Hati ketiga rancangnya ke Anaya spa di jalan Cikini Raya. Spa ini terletak di dalam sebuah butik busana muslim Moshaict yang elegan. Saya mengambil pakej urut, lulur dan totot wajah semuanya berharga 150 ribu rupiah. Busana di butik sebeginj juga harganya berpatutan. Jubah cantik mampu dibeli kerana harganya lebih kurang 350 ribu rupiah sahaja. Sepanjang jalan Cikini Raya terdapat kafe-kafe menarik. Saya tak sempat jelajah kesemua tempat tetapi tertarik untuk memilih ke jalan Cikini jikalau kembali lagi…