Share

Masuk tahun baru, azam baru, alat solek mata pun mahu serba baharu. Jadi, pilihlah rangkaian produk mata Missha untuk kening, bulu mata dan alis mata lebih menawan. Semestinya mata menggodamu bersedia memikat hati si dia.Pelancaran kedai baharu Missha Malaysia di Bandar Sunway membawa saya mengenali produk Korea ini lebih jauh. Semestinya bedak asas dari Korea lebih cerah. Mencari gincu gelap pun tiada. Jadi saya beralih kepada solekan mata. Nah, saya lantas mendapat ilham untuk fokus pada mata sahaja.

Saya lantas mencuba beberapa alat solek seperti Missha Perfect Eyebrow Styler (Auto), Black Art Liquid Pen Liner, Super-Extreme Powerproof Mascara dan si cilik Catch Eye Skinny Mascara. Menarik hati saya adala maskara cilik ini kerana lebih mudah untuk saya memakai pada bulu mata bahagian bawah mata.

IMG_6434

Tip mendapatkan mata menawan:

  1. Saya mulakan dengan membuat garis kening menggunakan Misha Perfect Eyebrow Styler mengisi ruang-ruang kosong pada bulu kening. Saya jarang melukis kening kerana kening yang sedia lebat. Hanya buat kalau rajin atau ada produk yang menawan hati.
  2. Mencipta classic wing terlebih dahulu. Bukan mudah kerana saya sudah enam bulan berlatih untuk mendapatkan #skils melukis eyecat itu. Dari menggunakan pensil, berus dan kini pen liquid. Missha Black Art Liquid Pen Liner pasti menyempurnakan garisan membentuk mata.
  3. Jangan lupa zigzag bulu matamu dengan Mishha Super-Extreme Powerproof Mascara/
  4. Sebaik sahaja mencuba Missha Catch Eye Skinny Mascara, saya tertawan dan mencubanya di bawah mata. Sempurna!

#throwback2015

Berikut adalah gambar saya bersama teman-teman blogger menikmati acara perasmian Missha Malaysia.

IMG_6426IMG_6418IMG_6401