Share

Oh, saya memang suka ubi manis dan diperkenalkan pada Chiba Sweet Potato sangat mengujakan. Makan saat panas-panas memang sedap sungguh. Rasanya pula enak, ibarat sweet potato bersalut caramel kerana warnanya yang kuning itu sepertinya bersalut coklat caramel. Sangat sedap, cubalah!

IMG_8258chibakun IMG_8235

Saya bila terasa ingin menikmati sweet potato akan ke dua restoran kegemaran. Hendak masak sendiri memang tak sempat. Pilihannya hanya satu, makan sweet potato goreng sahaja. Namun kini dengan singgah di Village Grocer di Bangsa Village 1, kamu boleh dapat menikmati sweet potato paling enak, segar dan sihat. Boleh beli yang belum dimasak untuk kamu buat sendiri di rumah sama ada rebus atau panggang.

Semestinya rasa ada perbezaan di antara sweet potato tempatan dengan sweet potato dari Chiba ini. Rasa-rasanya tahap kemanisan sweet potato ini melebihi segala-galanya. Rasa sangat enak dan cepat pula mengenyangkan.

Saksikan video sepanjang perasmian Chiba Sweet Potato di Bangsar Village.

IMG_8245 IMG_8252

Chiba Sweet Potato keluaran Chiba Prefecture, Japan, kini ada di Malaysia. Chi-Ba+Kun adalah mascot yang bentuknya sama peta daerah Chiba ini. Sweet potato ini membekal vitamin A, B, C, K, E dan gula semula jadi yang seimbang di dalam tubuh, malah memperbaiki blood sugar circulation.

Olivia Munn

Olivia Munn, Pelakon

Khasiat di dalamnya juga sangat baik untuk kesihatan kerana mengandungi Omega 3, fatty acids magnesium, phosphorus, potassium, sadium dan zinc. Hey, Olivia Munn katanya semakin cantik dengan wajah berseri-seri dengan bebas kedutan sebab makan banyak japanese potato. So apa lagi? Bagi kamu yang mahukan penjagaan kecantikan boleh jadikan sweet potato sebagai topeng muka.

Cara-cara penyediaan topeng wajah atau mask;

  1. Rebus sweet potato tetapi pastikan tidak berlebihan. Air rebusan boleh disimpan dalam peti sejuk untuk jadikan toner, disapu sebelum memakai produk lain.
  2. Buang kulit dan kisar isi kentang manis.
  3. Gaulkan 1 sudu madu dan 1 sudu susu.
  4. Biarkan sejuk sebelum ditopeng ke wajah selama 20 – 25 minit.
  5. Kemudian bersihkan dengan air suam.
    IMG_8224IMG_8229 IMG_8259

Chiba Sweet Potato juga boleh dibeli mentah. Persediaan sendiri, kamu boleh panggang, stim atau bakar dalam ketuhar atau microwave. Bakar selama 200 darjah selsius selama 40-50 minit. Boleh nikmati di rumah dan mengimbau kenangan lama. Saat ibu masakkan ubi tibanya musim tengkujuh.

Untuk lebih lanjut layari yummyjapan

#chibasweetpotato

Insta: https://www.instagram.com/yummyjapan01/
Facebook :https://www.facebook.com/YummyJpn/
Twitter : https://twitter.com/Yummy_Jpn