Share

Pandang cermin, wajah kamu masih mengalami selaran matahari. Padahal kamu tidak pernah lupa memakai produk perlindungan matahari. Andainya apa dipakai sekarang tidak lagi berkesan dan sangat mengecewakan, ini lah masanya kamu menukar kepada yang baharu!

image

image

Mac lalu Fujifilm Corporation telah memperkenalkan produk variasi fungsi intipati kecantikan yang menyingkir panahan UV dan juga menjadi asas solekan, iaitu ASTALIFT White Perfect UV Clear Solution  (SPF50+ PA++++).

Ia mengandungi ejen perlindungan ‘D-UV Guard’ dan produk ini menyertai siri penjagaan kulit ASTALIFT White khusus buat wanita semua peringkat umur yang sangat membenci kehadiran garis penuaan dan kulit melendut atau sagging.

image

image

image

image

‘Deep UVA’ adalah musuh kulit kita yang mampu meresap ke lapisan dalam kulit dan penyebab kepada masalah kulit—Penuaan dan kulit tidak anjal. Lalu Fujifilm telah melakukan kajian UV secara terperinci dalam mencipta ‘D-UV Guard’ sebagai ejen perlindungan yang menghalang ‘Deep UVA’.

Sepanjang acara memperkenalkan produk ini, saya menikmati pengalaman membersih wajah dengan betul menggunakan rangkaian produk ASTALIFT. Bermula dengan cucian wajah, menyegar, melembap dan langkah-langkah seterusnya.

image

image

image

image

image

Terdapat lima paparan utama dalam ASTALIFT White Perfect UV Clear Solution.
1. Mengandungi ejen D-UV Guard yang melindungi kulit dari panahan UV terutama Deep UVA.
2. Mengandungi ‘UV Action Capsule’ yang penuh khasiat termasuk vitamin C. Juga terkandung ramuan seperti Nano AMA dan Nano Astaxanthin.
3. Juga mengandungi ‘Light Analyzing Powder’ yang menolak perpeluhan dan sebum, mengimbangi kulit tidak sekata dan menjadikan produk ini berfungsi sebagai krim asas solekan.
4. Teksturnya yang ringan pula memudahkan ia mudah dioles keseluruh wajah dan mudah juga dibersihkan.
5. Apa yang menarik, penutupnya berfungsi sebagai UV Sensor Cap yang mampu bertukar warna sebaik sahaja terdedah pada sinar UV yang mengandungi Deep UV.

image

image

image

ASTALIFT White Perfect UV Clear Solution 30g, RM158