Share

Nisa’ Halid, Rina Hashim & Myself

Senah, Joyah dan aku, kebiasaan kami selepas bertugas, melakukan apa-apa sahaja. We three with the boys! Atau only we three menghabiskan waktu bersama-sama. Ah, perempuan tidak sah kalau tak membeli-belah—di Bangsar, Damansara (lokasi kesukaan Joyah), Subang atau Sunway. Jika punya wang lebih barulah menjejakkan kaki ke butik lebih mewah. Menonton? Cineleisure Damansara lah. Lepak? Teh Tarik Cafe, The Curve atau Penyet Ria, Sunway. Ke kelab jika kami sudah gian berdansa. Lokasi: sederhana sahaja.

Ini gayanya kami kalau membeli-belah!

Apakah diceritakan? Kami bukan wanita Sex and the City yang mahunya cerita seks semata-mata. Atau wanita Lipstick Jungle ada skandal segala. Tidak juga wanita Cashmire Mafia yang tikam-menikam belakang orang demi kepentingan sendiri. Cerita-cerita kami lebih realistik, telus, jujur, normal dan menyatu. Tiada kisah-kisah ‘berangan’ kecuali menyulam mimpi dan impian kami yang sedang-sedang sahaja. Lebih mendalam tentang peribadi kami. Topik masa silam, lelaki-lelaki dalam hidup kami, teman-teman, keluarga dan kesukaan-kesukaan kami.

Inilah dunia kami!

Us with the boys…

Still with the boys….

Ohya, kami juga rajin karaoke…

Lagi? Aku dan laptop ku… Memang tidak boleh dipisahkan. Menulis… Sudah sebati… Melain tugas, aku juga tidak berhenti menulis selepasnya—novel, short story, skrip (rancangan Dokumentari, Drama, dll) atau kata-kata sakti. Jangan siapa-siapa cuba menghalang kerana itu peribadiku. Menulis adalah peribadiku. Aku perlu meluahkan apa sahaja di minda dengan menulis. Jikalau tinggal berbuku di dalam kotak fikiran hanya mengundang sakit kepala. *wink. Halangan paling besar adalah kemalasanku sendiri. Aku akan menghasilkan novel seperti aku rencanakan. Hey, kos hidup yang semakin tinggi memerlukan kita lebih berusaha bukan? Makan gaji hanya mampu menanggung kehidupan tetapi takkan dapat bermewah-mewah. Kasihankan diri-sendiri hendak membeli tas tangan pun menunggu cukup bulan. Tetapi membeli yang berjenama LV atau Fendi atau Chanel atau Prada bukan dalam bajetku. Tak mampu nok! Aku juga mahu memberi wang lebih kepada ibu bapa!

Cuba kau selongkar tas tanganmu. Apa yang kau ada, apakah orang lain mampu memilikinya juga?

Aku tidak malu untuk mengaku, aku tidak mampu bermewah-mewah. Bersyukur! Aku bersyukur dengan anugerahNya, justeru aku perlu lekas. Rasa seperti masa sudah suntuk. Aku mahu lakukan banyak benda untuk diriku sendiri. Kepuasan diri yang telah lama tidak aku kecapi. Mencari nafas baru yang kian menghilang. Coffee or Tea? Tak perlu Starbucks, marilah Teh Tarik Cafe dengan kami. Kini 3.15 pagi, Selamat Pagi! Jam 9 perlu terpacak di pejabat, hey… tanggung jawab tetap dipikul. Ya ya, pada kau yang merungut aku malas update blog ini. Akan aku cuba… ketemu lagi malam ini…