PicoWay ialah pengubah pasaran dalam teknologi rawatan laser di bawa oleh Ko Skin Specialist.
Acara berlangsung meriah dengan kemunculan CEO Dato’ Dr Ko Chung Beng bersama Storm Trooper memperkenalkan teknologi baharu kepada kami. Tahniah diucapkan pada Ko Skin Specialist kerana membawakan satu lagi teknologi kecantikan kepada kami. Antara selebriti undangan termasuk Erma Fatima, Idris Khan, Jasmin Hani dan ramai lagi.
Pusat rawatan estetik dan laser yang terkemuka di Asia, Ko Skin Specialist, hari ini memperkenalkan PicoWay ® , teknologi penemuan terkini dalam rawatan laser dermatologi untuk dilancarkan di Malaysia.
CEO Dato’ Dr Ko Chung Beng melancarkan mesin laser bernilai berjuta dolar itu di majlis pelancaran di Hotel Aloft Kuala Lumpur, yang diacarakan oleh penyanyi terkenal, Atilia Haron. Majlis tersebut telah dihadiri oleh sebilangan selebriti termasuk pelakon Idris Khan, pengarah filem Erma Fatima, pengacara Astro SuperSport Amanda Chaang, pengacara TV Yasmin Hani, pelakon Tengku Putri Najuwa dan ramai lagi.
PicoWay ® adalah penyelesaian laser termaju untuk menghilangkan tatu dan pigmentasi benigna seperti jagat dan bintik-bintik penuaan. Teknologi ini menggunakan denyutan laser terpendek dalam pasaran. Diukur dalam unit pikosaat (satu persetrilion saat), laser tersebut memecahkan pigmen dengan berkesan menjadi partikel paling kecil untuk disingkirkan oleh kulit.
Ko Skin Specialist ialah pusat laser yang pertama dan satu-satunya di Malaysia untuk menawarkan teknologi laser PicoWay ® . Teknologi ini merupakan alternatif terulung kepada pembuangan tatu menggunakan laser tradisional. Tidak seperti laser tradisional, PicoWay ® menghantar tenaga ke dakwat yang disasarkan menggunakan denyutan ultrapendek yang pantas, selamat dan selesa.
“Kami merasa keperluan untuk membawa PicoWay ® ke Malaysia kerana rakyat Malaysia mempunyai warna kulit yang agak gelap. Adalah sukar untuk merawat pesakit dengan warna kulit yang lebih gelap kerana kebanyakan rawatan laser biasanya menyebabkan tenaga diserap ke dalam kulit dan bukannya partikel pigmen yang disasarkan,” kata Dato’ Dr Ko, CEO Ko Skin Specialist.
“PicoWay ® ialah pengubah pasaran kerana tenaga laser dihantar ke partikel pigmen yang disasarkan sambil mengurangkan jumlah haba yang diserap oleh kulit. Rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan rawatan laser yang sesuai untuk warna kulit mereka,” katanya.
PicoWay ® ialah teknologi laser proprietari milik syarikat alatan estetik yang bertapak di Amerika Syarikat, Syneron-Candela; diedar di Malaysia oleh Beaumedic di bawah jagaan Pengurus Besarnya, En. Lau Chang Yaw.
“Kami gembira bekerjasama dengan Ko Skin Specialist untuk memperkenalkan PicoWay ® di Malaysia. Mereka mempunyai rekod prestasi dengan professional perubatan yang terbaik dalam pasukan mereka. Kami yakin doctor-doktor mereka akan memberi pesakit rawatan dan hasil terbaik menggunakan PicoWay ® ,” kata En Robert Ruck, CEO PicoWay ® .
Ko Skin Specialist
Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Dato’ Dr Ko Chung Beng, Ko Skin Specialist ialah pusat dermatologi dan laser yang terbesar dan terkemuka di Asia. Ko Skin Specialist menyediakan pelbagai perkhidmatan estetik dari dermatologi kosmetik dan pemindahan rambut, hingga pembedahan plastik dan rawatan pelangsingan tubuh.
Dengan lebih daripada 30 cawangan di seluruh Malaysia dan pengembangan serantau ke China dan Indonesia, pusat ini telah memperoleh kepercayaan daripada profesional perubatan dan pelanggan di seluruh dunia.
Dilengkapi dengan peralatan tercanggih, pasukan doktor di pusat ini adalah pakar dalam teknologi laser, inovasi estetik dan pembedahan plastik lanjutan. Mereka berkongsi komitmen yang sama untuk memperkasakan individu dengan membuat mereka merasa muda dan cantik dari dalam dan luar.
Untuk maklumat lanjut tentang PicoWay ® , layari www.koskinspecialist.com.