Share

Tamat bulan kedua saya hampir tewas. Sekali lagi coach menyelamatkan saya dari tercicir jauh. Hey, saya manusia biasa yang punya banyak kelemahan dan sedang melawan dengan diri sendiri. Memang mahu mengamalkan ‘clean eating’  sangat sukar dan mencabar. Apatah lagi mengelak ‘cheat day’.

Sejak awal minggu, coach saya Murad Zaidi rajin bertanya—“Marv, how’s your diet?” soalnya seraya mata masih di telefon bimbit.

“Ya, okay!” bina tak bina saya menjawabnya.

Beberapa hari kemudian, soalan sama di tanya dan saya memberi jawapan sama. Sehinggalah dia bertanya lebih terperinci. “Marv, how’s your diet. You tak ambil carbs kan? Sumpah!”

Ya Allah ampuni dosa aku yang kali ini. Lantas saya yakin menjawab, betul. Keesokan harinya barulah dia menegur. Hebat! Perubahan tubuh saya sedikitpun mampu dibacanya. Kata coach, dia boleh tahu bila badan ‘bloated’ disebabkan pengambilan karbohidrat. Hebat!

img_1175

Semestinya menerima Ijazah sarjana sepertinya dalam High Performance, Strength & Conditioning Specialist dari Catolica de Murcia Universiti di Sepanyol dan juga IFA Certified Personal Trainer pantas sekali dapat mengesan perubahan tubuh.

Pengalamannya juga bukan sedikit. Dibesarkan di Queens, Amerika Syarikat, Murad Zaidi mendapat bimbingan daripada jurulatih bertauliah di luar Negara yang turut melatih artis antarabangsa seperti coach Milos Sarcev, Strength and Conditioning/Bodybuilding dan coach Mike Passeinar, fighting coach.

Tanpa mampu mengelak lagi saya mengakui kekhilafan saya. Perasaan kesal menebal, kerana sebenarnya saya tak mahu langsung mengecewakan dia. Bukan saya langsung hari-hari ‘cheat day’ tetapi ada juga hari yang terbabas. Kebetulan pula saya sepatutnya mengikuti program di bulan ketiga dan saya gagal.

img_1143

Dah tua-tua buat perangai, lucu pun ada. Tetapi saya mengambil ini sebagai serius dan kembali amalkan pemakanan bersih seperti biasa. Yalah, dah hampir dua suku abad hidup makan semua benda, memang diri perlu kekuatan.

Sementelah ada kisah silam datang mengganggu mencuit rasa. Tekanan pastinya semakin menjalar dalam diri. Apabila wanita didatangi tekanan, sahabat terdekatnya adalah makan sedap.

Saya bersyukur adanya Murad Zaidi sebagai coach yang membimbing saya kerana dia menarik saya kembali mengikut haluan yang sempurna. Andai kamu sedang mencari coach senaman, kepakaran seseorang coach dalam serba serbi termasuk melihat body fluctuation kamu sangat penting.

Semuanya perlu ditukar, cara pemakanan dan rutin senaman juga. Saya menyedari itu tidak hanya bergantung kepada senaman diberikan Murad. Malah kerap melakukan senaman sendiri dengan bimbingan diberikan. Saya mula belajar mengenal mesin senaman di gim.

The smallest of donut can lead to the biggest lost of gains.  – Murad Zaidi

MENU PILIHAN

Saya sudah dapat serasikan diri dengan makanan bersih atau sihat yang dimasak sendiri. Apatah lagi saya menggunakan kaedah memasak menggunakan rempah ratus tradisi kita seperti halia, kunyit, lengkuas. Digandingkan pula dengan bahan luar Negara. Mengapa saya masih tersasar?

Bukan tidak boleh ada ‘cheat day’ tetapi tubuh saya belum lagi mencapai tahap berat yang sesuai dengan ketinggian. Saya tidak layak untuk itu. Tahap ilmu dalam senaman pun masih kurang, mesin di gim pun belum semuanya saya cuba.

Lebih-lebih lagi hukum orang berdarah O seperti saya yang sangat kurang metabolism ini memang perlu elak menjamah karbohidrat seperti nasi, roti, produk susu dan gandum. Sedangkan itu lah menu utama saya selama ini.

Saya cuba untuk kuat. Cuma kadang-kadang saya tersasar dengan godaan-godaan di luar sana. Selepas makan bukan rasa sedap pun, dan tidak ada kepuasan pun. Rasa menyesal tetapi semuanya terlambat. Berikut adalah beberapa godaan perlu kamu hindari dan beberapa cara berkesan untuk mengatasinya. Kaedah ini saya peroleh dari pengalaman sendiri dan petua diberikan oleh Murad Zaidi.

img_1560

1. KREATIF RESIPI

Saya sering bertukar makanan tengah hari dengan coach. Bukan apa, dia mahu saya lebih memahami bukan saya sahaja yang berdepan dengan soal makan menu bersih. Menahan diri dari menjamah makanan sudah biasa kita ambil sangat mengganggu emosi.

Tetapi saya mahu mencari lebih banyak bahan sihat tetapi boleh menghasilkan resipi lebih sedap dan kreatif. Kemudian saat menghidangkan menu biarlah cantik dan sedap mata kamera merakam gambar. Bukan sahaja tidak menjemukan malah memberi motivasi kamu untuk kekal eat healthy.

14390960_10154133127023401_7174939367349846400_n

2.BAWA BEKAL

Saya pernah membawa bekal ke mana-mana. Mula-mula sangsi apakah pelayan restoran mahu melayan saya? Pastinya, jangan pula kamu sengaja pergi ke kafe yang ternyata sudah menampal penyata—No outside food! Namun, sebuah kafe di bangsar sangat memahami dan meminta mahu panaskan sajian saya, siap basuhkan bekas bekal.

Memang cabaran pengalam makanan sihat, menu di luar yang sihat lebih mahal harganya. Kalau tidak memasak, saya berhabis RM20 ke atas. Cara memasak pula menggunakan garam, gula dan minyak yang banyak.

3.ELAK KELUAR BERTEMAN

“Kalau tidak kuat jangan sekali-kali keluar,” pesan Murad Zaidi berkali-kali kepada saya. Saya sangat berdoa agar tidak putus kawan kerana memang jarang saya dapat bersama-sama mereka. Bersyukur saya dapat kawan yang tegasnya macam Mr. M juga.

Rakan sekerja pernah merakam minuman bergula saya dan menghantarnya kepada Murad. Nak menangis jugalah kerana individu bernama Murad Zaidi ini kalau datang garang dia, almaklumlah. Itu saya ceritakan pada entri akan datang, bagaimana sebenarnya Murad Zaidi ini.

Tetapi banyak juga kawan-kawan yang menggalakkan saya cheat day. Barangkali kasihan melihat saya terliur itu dan ini. Emak juga sering mengajak makan, alah, bukan selalu katanya. Makan sajalah! Biasalah emak!

fitsister

4.CARI #FITSISTER

Saya dan sahabat baik mencipta #fitsister kerana kebetulan pula dia pun sedang galak bersenam. Jadi kami berkongsi banyak kisah dan saling memberi galakan. Walaupun kebanyakannya ada juga galakan syaitan tetapi banyak juga yang membantu.

Pagi-pagi dikejutkan saya bangun untuk pergi bersenam. Menasihati dan dinasihati itu budaya kami pupuk. Kalau takut bertanya coach Murad Zaidi, saya rujuk sahaja sahabat-sahabat ini. Jadi terhiburlah sedikit terutama kalau masuk bab pakaian senaman dan alat solek bersesuaian.

14671155_10154237395973401_8524053546577961801_n

5.POSITIF MINDA

Punya gambar bulan kedua yang lebih ramping dari gambar bulan pertama memang sangat mencabar. Saat itu lah kamu sedar yang banyak mata mula memerhati sebanyak ‘like’ diberikan pada gambar di Instagram dan Facebook. Masa itu lah kamu mula merasakan diri tak mencapai piawai diberikan. Bulan kedua pun turun hanya 2 kg dan apa terjadi akan datang.

Ada pula komen-komen yang kurang positif walaupun kawan mengusik tetapi menghantui minda jugalah. Saya jadi terabai dan terlepas pandang. Ingat, apabila tertekan—Sahabat baik wanita adalah makanan. Jadi saya cuba positifkan minda dengan memikirkan hal-hal manis.

14962545_10154286510828401_4982734404798189217_n

PERUBAHAN HARIAN

Contohnya, dua bulan saya berada dalam sebuah kumpulan baru dan tidak mendapat perhatian langsung. Satu mata pun tidak memandang dan selepas dua bulan bersama Murad Zaidi saya kembalik ke sebuah kumpulan sama. Perubahan yang saya ada kini ternyata membuka mata mereka dan saya dilayan seumpama permaisuri.

Nampak kan perbezaannya. Jadi mulai hari ini saya cuba tanamkan dalam diri apa terjadi selepas saya tampak slim. Skirt kesukaan saya yang lama tidak muat dipakai pun dah boleh disarung. Saya perlu ingat itu sebelum menelan karbohidrat selepas ini.

Jangan beri alasan kamu makan demi cinta tidak berbalas, cinta dalam diam, kecewa putus cinta, bekas kekasih kembali menegur, tertekan kena gossip atau sebagainya. Pokok pangkalnya salah diri sendiri kerana tidak mampu mengawal diri. Sebab itu saya tidak berani berterus-terang dengan Mr. M sehinggalah dia sendiri menegur.

Saya rasa tiada alasan di atas muka bumi ini yang patut diberikan kerana perbuatan saya itu adalah salah diri sendiri. Ayuh, kita sama-sama kuat untuk berdepan dengan diri sendiri dalam melawan godaan dan dugaan untuk sihat.

Percayalah, saya kerap diserang pening kepala akibat darah tinggi, sakit belakang kanan akibat banyak menulis dan pernah diserang mild stroke setahun lalu. Sekarang tahap kesihatan saya semakin baik dan rasa cergas seperti dulu. Percayalah,kita boleh!