Kita sudah terbiasa disogok dengan barangan memelihara kulit wajah. Mana-mana tip kecantikan pasti tidak pernah melupakan kulit wajah dan tubuh. Namun bagaimana pula dengan kuku kaki dan tangan yang tidak kurang penting terutama untuk menjamin kesihatan diri. Ayuh, ke Mojo Nail . Cafe sekarang…
Sesekali apa salahnya untuk manicure atau pedicure dihujung minggu. Bukan sekadar bercuti di Indonesia atau Bangkok, kerana harga tetapi yang penting adalah kebersihan tangan dan kaki terutama kuku.
Saksikan video ringkas saya berdandan di Mojo…
Saya diundang Mojo Nail . Cafe yang terletak di Jalan SS2/24 untuk menikmati rawatan manicure dan pedicure. Melangkah masuk hati berasa lega kerana saya membawa kawan. Andainya kamu datang sekumpulan dan ada lelaki, mereka boleh duduk di kafe dan menikmati sajian enak di situ.
Rupa-rupanya ruang Mojo turut dijadikan lokasi acara untuk apa-apa sahaja seperti dimahu. Saya yang sedang didandan kuku kaki dan tangan juga boleh menikmati sajian. Kata pemilik Mojo, mereka baru mengubah menu untuk sajian lebih enak. Lantas saya memesan spaghetti dan kentang goreng untuk perut yang kosong sejak pagi.
Dekorasinya juga menyenangkan dan mesra pelanggan. Salon ini dihadiri berbilang bangsa dan kemesraan terserlah di antara pengunjung terutama pelanggan tetap. Antara turutan dilakukan pada jemari kaki dan tangan kamu adalah seperti berikut;
~ Nail cutting and shaping
~ Cuticle Removal
~ Base coat application
~ OPI colour application
~ Top coat application
~ Moisturizing lotion application
Seandainya kamu sedang “uzur” bolehlah memilih pewarna kuku kesukaan. Ataupun mencuba merias kuku dengan alunan warna menawan atau aksesori indah di tampal di kuku. Namun kamu sedang suci, hanya sekadar mencuci dan merapikan kuku dan tangan pun sudah mencukupi.
Untuk dapatkan informasi lebih lanjut, ikuti https://www.facebook.com/MOJOnailcafe dan Mojo Nail . Cafe beroperasi dari jam 11 pagi hingga 9 malam (hari bekerja) dan jam 11 pagi hingga 6 petang (hujung minggu).



























