PENULIS: MMZ
Creative Seven Legacy menganjurkan Bengkel Penulisan kelolaan Penulis Marini Mat Zain. Bengkel Penulisan Marini Mat Zain, Cara Berkesan Menulis Novel & Skrip Menang Anugerah dan Digital (SocMed) ini berlangsung pada 6 & 7 Ogos 2022.
Pada hari pertama berlangsung secara virtual manakala hari kedua pula secara fizikal di lokasi World Trade Centre Kuala Lumpur.
Bengkel ini dibentuk untuk mencari penulis pelapis berkualiti yang mampu menawan Malaysia pada suatu hari kelak. Bimbingan diberikan daripada pencarian idea sehinggalah cara mempromosi bahan menerusi digital. Produk akhir pula dijadikan skrip audio drama yang keudara di aplikasi clubhouse @dramanovela.
Pada acara fizikal peserta diberi peluang bertemu pelakon Tony Eusoff dan penerbit drama dan filem Aquila Emas, Syarizan Md Isa secara langsung. Peluang keemasan ini diberikan mereka untuk bertanya sendiri bagaimana industri filem dan drama berfungsi. Turut hadir bekas editor Karangkraf yang juga penulis novel, Richie Rachman.
Sedikit latar belakang mengenai Marini Mat Zain, penulis sebelum ini seorang penulis, pembantu editor, editor dan web editor beberapa majalah di Malaysia seperti Impiana, Libur, iRemaja, InTrend, Lisa dan Glam. Masih menulis majalah sehingga hari ini di majalah Glam.
Sepanjang kerjaya sebagai ahli media, dia juga penulis skrip dan telah memenangi dua anugerah – Lakon Layar Terbaik Festival Filem Malaysia dan Anugerah Khas Juri, Novel Adaptasi Terbaik Anugerah Telenovela. Penulis juga telah memiliki dua buah novel – Fajar di Bukhara dan Infidelity.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada venue partner World Trade Centre Kuala Lumpur atas kerjasama yang diberikan.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai Bengkel Penulisan sama ada skrip, penulisan novel atau digital, DM Instagram @creative7seven untuk dapatkan maklumat lanjut.