PENULIS: NADYA
Pada tahun ini DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur ingin meraikan festival untuk memeriahkan lagi bagi sesiapa yang ingin menganjurkan sambutan Krismas beramai-ramai. Malah, DoubleTree menawarkan semua untuk menikmati menu makanan istimewa yang disediakan.
Terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat dinikmati bersama seperti makanan Melayu, Cina dan juga India selain itu kelainan yang dibawa ialah makanan istimewa Krismas dan juga untuk Tahun Baru yang akan datang. Antara makanan yang ditonjolkan untuk musim festival ini ialah ‘Slow-Roasted Australian Lamb Leg’ dan juga ‘Angus Beef Wellington’ adalah menu utama yang mesti dicuba dan dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
Selain menikmati makanan yang enak terdapat juga aktiviti seperti Arked mainan , ‘Nintendo Switch’. Penampilan istimewa badut membuat belon istimewa atau dari Santa Claus dan ‘Cookie Man’ akan membuat budak-budak dan dewasa teruja untuk menyambut dengan lebih meriah.
Jadi pastikan anda jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyambut bersama keluarga ataupun bersama rakan dan juga rakan sekerja. Bermula 1 November sehingga 1 Januari 2026. Anda tidak mahu lepaskan untuk keraian yang meriah.








COMMENTS ARE CLOSED