Pengembaraan Malaysia Tourism Hunt Bahagian 2

Share

Pagi bersarapan di Hatten Hotel, Melaka, sebelum berangkat ke destinasi berikutnya. Rombongan kami akan bergerak ke Bandar Muar. Oh, ini juga situasi paling lucu lagi mendebarkan. Sampai-sampai kami dijamu dengan mi goreng. Semua bantai makan tanpa sedar selepas itu kami akan buat aktiviti food hunt iaitu memburu teka teki makanan tradisional.

Pengalaman Pertama Sertai Malaysia Tourism Hunt

Share

Ketika dipelawa menyertai acara Malaysia Tourism Hunt 2013 saya ragu-ragu. Tak pernah berminat atau tersertai mana-mana acara seumpamanya. Tak suka treasure hunt kerana tak berapa rajin nak berfikir. Memandu kereta satu hal, mahu tergesa-gesa mengejar waktu… MMZ kurang pasti mampu.

Malaysia Tourism Hunt 2013 Jelajah Selatan Tanah Air

Share

9940_10151549218696364_937183206_n

Tourism Malaysia menganjurkan Malaysia Tourism Hunt 2013 (MTH)buat kali kedua sempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Kali ini MTH akan menjelajah ke selatan tanah air bermula di Putrajaya melalui Sepang, Port Dickson, Melaka, Muar, Kluang, Nusa Jaya dan seterusnya berakhir di Johor Bahru.

Majlis pelancaran berlangsung di Saloma Bistro, MATIC isnin lalu, dirasmikan oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz. Tujuan utama program ini adalah mempergiatkan lagi promosi Tahun Melawat Malaysia 2014, mempromosikan dan memperkenalkan destinasi serta produk pelancongan Malaysia kepada media asing dan tempatan.

1239934_10151549217936364_11326497_n

Malaysia Tourism Hunt 2013 berlangsung pada 22 hingga 28 September iaitu selama enam hari lima malam. Peserta akan kembara sebanyak 1000km melalui lebuhraya, laluan pelancongan dan kampung tradisional.

 

Making.Teaching.Selling – Dione Clay Art

Share

Hari terakhir di Bintulu, Sarawak, Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia dan Tourism Malaysia membawa kami membuat liputan — The 9th Borneo International Kite Festival Bintulu bermula 5 – 8 September 2013. Ketika kagum dengan layang-layang dan wau bertebaran di udara, saya sempat meninjau sekitar.

Kuih Tempatan Sarawak Enak

Share

Masih berkisar Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia di Sarawak. Selesai sarapan dan daftar keluar, kami bersedia untuk singgah ke dua perusahaan kuih tempatan Sarawak.

image

image

Sebelum itu kami singgah dahulu di Pasar Lama Mukah kerana saya memburu beberapa keperluan. Sebelum ini saya mengisi bagasi sehingga berlebihan. Entah mengapa trip Sarawak ini, kononnya mahu light travel lalu saya kurang satu persalinan.

image

image

Di Pasar Lama Mukah ada jualan gerai beberapa gerai pakaian, beg dan aksesori namun terhad. Saya menemui legging hitam kualiti material bagus dengan harga RM14 dan RM16 sahaja. Hargan yang sangat berpatutan dengan kualiti sebaik itu. Kuih kering dijual di sini satu paket cuma RM1 sahaja. Apa lagi saya boronglah.

image

image

image

image

image

Destinasi pertama kami di Kg Tutus Hilir melihat sendiri cara membuat Tebaloi. Selepas diuli nipis, kuih ini dibakar. Tebaloi juga kini dalam pelbagai perisa, ada perisa asli, milo, strawberi dan sebagainya.

image

image

image

image

Kemudian kami ke Kg Telian melihat demo membuat Kueh Sepit. Bahan-bahan untuk membuat Kueh Sepit adalah—Gula sekilo, Lapan biji telur, gandum sekilo, tepung sagu sekilo, santan dan manisan.

image

image

Kemudian adunan dibakar dalam acuan nipis, digulung dan dipotong pendek. Rasa lebih enak dimakan secara panas. Namun pabila sejuk, ianya sangat rangup.

image

image

image

Selesai dua lawatan itu, kami dibawa makan tengah hari. Selepas itu kami bertolak ke Bintulu. Perjalanan ini juga mengambil masa tiga jam. Lega sebaik sahaja tiba di hotel Parkcity Everly.

Jelajah Lamin Dana Mukah – day 2

Share

image

image

image

Hari kedua KCC1M di Sibu diteruskan dengan menjelajah daerah Mukah. Namun kami singgah dahulu di Sarawak Pepper Board dan Sarawak Pottery. Selepas ini makan tengah hari dulu di Islamic Nyonya Kafe.

image

image

image

image

Perjalanan ke Mukah mengambil masa hampir tiga jam lamanya. Tiba di Lamin Dana, Cultural Boutique Lodge Mukah, kami disambut mesra pengasasnya, Diana Rose.

image

image

image

Sedikit sebanyak kami diperkenalkan dengan rumah tinggi milik wanita keturunan Melanau itu. “Ketika belajar di Semenanjung, saya ditanya asal usul. Apabila menyebut Melanau, ramai yang tidak tahu dan hanya kenal suku kaum Iban dan Bidayuh. Lalu saya berazam akan memperkenalkan Melanau di mata dunia.”

image

image

image

Lamin Dana diusahakan pada 1999 dan mula beroperasi pada 2000. Lamin bermaksud rumah, manakala Dana pula adalah yradisional. Tall house asal telah dimamah api pada 1950-an. Pokok belian adalah binaan asas kediaman. Makanan mereka pula berteraskan sagu.

image

image

image

Misi Diana Rose untuk memperkenalkan suku kaum Melanau secara tidak langsung telah meletakkan Mukah sebagai lokasi pelancongan seluruh dunia. Mereka menerima tetamu dari Belanda, German, UK, Oman, Itali, Sepanyol, Perancis, Sweden, Belgium, Jepun, Korea, China dan banyak lagi.

image

image

image

Lamin Dana mempromosi beberapa pakej pelancongan seperti 3 hari 2 malam Lamin Dana Cultural Tour, 2 hari 1 malam Lamin Dana Mangrove Tour, 3 hari 2 malam Kaul Festival Tour dan Lamin Dana Day Tour. Harga bernilai RM80 seorang sehingga RM400 seorang.

image

image

image

Pastinya kamu bakal menyelami kehidupan, cara hidup dan budaya suku kaum Melanau. Saya sempat merasa kuih muih disediakan seperti tetebih, kuih sepit dan lepat. Demo membuat Linut juga ada. Boleh menggantikan nasi dimakan dengan sambal belacan dan lauk pauk lain.

image

image

Paling unik adalah ziarah ke ousara Jerunai yang berusia 100 tahun. Sebatang pokok tegak berdiri ini dikatakan mayat digantung sehingga reput sendirinya. Ada juga keranda gantung yang akan dipelihara demi peninggalan budaya masyarakat setempat.

image

image

image

image

image

Malam kedua ini kami menginap di Kingwood Hotel yang terletak di tepi pantai. Kamar saya berdepan pantai dan saat beradu begitu asyik bertemankan deru ombak.

image

image

image

image

image

Makan malam kami di Restoran Nibong. Ulat sagu disediakan yang mentah mahupun goreng. Maaf, saya cuba lain kali. Tabik pada beberapa teman yang mampu menelan ulat sagu mentah-mentah dan menggeliat-geliat.

Kali Pertama di Rumah Panjang

Share

image

image

image

Sepanjang bertugas sebagai penulis/wartawan, semua negeri telah saya kunjungi kecuali Sarawak. Kali pertama menginjakkan kaki ke Kuching kerana tugas membuat liputan konsert Maher Zain.

image

image

image

Kesempatan mengikut Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia ini membawa saya ke Sibu, Sarawak. Ini kunjungan pertama saya ke Rumah Panjang Bawang Assan
Ngajat. Upacara menyambut tetamu dan tarian ngajat diadakan. Kemeriahan acara dicipta persis sambutan hari Gawai.

image

image

image

Sebelum tiba di rumah panjang kami dipesan pemandu pelancong cara-cara menolak dengan beradab minuman tuak yang bakal dihidang. Sepatu pula di simpan di dalam rumah tepi pintu. Kami disambut mesra dua gadis dan seorang lelaki dalam pakaian tradisi mereka. Marek Empang disarung si gadis dengan perhiasan menawan.

image

image

image

Lima peserta KCC1M dipanggil ke depan untuk satu upacara tradisi di sini. Upacara Miring adalah bertujuan memuja Tuhan mereka untuk meminta segala kebaikan seperti kenaikan gaji, perlindungan dan sebagainya.

image

image

Sedang upacara berlangsung perut saya tiba-tiba saja lapar. Saat tetamu disajikan Manok Pansoh, saya paling depan mahu mencubanya. Manok Pansoh dimasak dalam bambu dengan bunga kantan, halia dan garam.

image

image

image

Selepas ziarah di rumah panjang kami check-in ke hotel Paramount. Esok kami akan bertolak ke destinasi seterusnya, Mukah. Pagi di Paramount menikmati sarapan laksa Sarawak sangat enak.

Jelajah Sibu Bersama KCC1M – Day 1

Share

image

Sepanjang penerbangan Air Asia menaiki pesawat AK5876 ke Sibu selama dua jam saya menghabiskan waktu dengan… tidur. Semalaman tidak tidur, selesai Kembara Kraf Selangor, saya menyambung urusan di Kuala Lumpur seterusnya ke LCCT jam tiga.

image

image

image

image

Persinggahan pertama di kedai Rajang Park Kompia, melihat bagaimana Kompia diadun. Bangunan-bangunan disekeliling juga kelihatan usang tetapi menarik dikunjungi.

image

image

image

image

image

image

Kelainan kali ini, kami diberi RM10 untuk merasai sendiri betapa barangan di Sibu Central Market Complex sangat murah. Selain jamu mata dengan pelbagai barangan keperluan, saya menikmati beberapa sajian tempatan seperti mi katok yang yang di goreng mahupun dibuat sup. Paling menarik perhatian saya adalah ayam hidup yang dibungkus dan siap diletakkan harga, bermula RM10, RM12, RM13 dan lain-lain. Ulat sagu jiga dijual hidup-hidup. Kata penjualnya, kalai goreng sedap. Hm…

image

image

image

Makan tengah hari kami di Rafie Cafe. Selain menyediakan sajian makan, terdapat juga merchandise shop Razz Chopper serasi buat penunggang motosikal besar. Sekarang saya hendak mencuba bagel kompia.

Bersambung…

Persediaan Perkahwinan di Latur

Share

image

image

Gedung ini memyediakan kelengkapan perkahwinan dari persalinan dan hantaran berasaskan songket, hiasan pemanjangan dan dekorasi lengkap rumah. Mudah bagi pasangan pengantin, keluarga dan pengatur acara perkahwinan untuk beli-belah.

image

image

Pemiliknya Leena Hassan membawa konsep ini bagi kemudahan semua bakal pengantin mempersiapkan diri. Latur juga giat membuat promosi dengan Kraftangan.

image

image

Gedung 1 Stop Wedding Centre ini ada empat tingkat yang meletakkan lantai barangan harga istimewa, barangan perkahwinan, bunga hiasan, hiasan dalaman rumah dan songket.

image

image

Lokasinya juga strategik terletak di Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam. Latur juga jadi tumpuan pemborong dan peruncit.

Bandar Teknologi Nombor 1 I-City

Share

image

image

image

image

image

image
image
Bertemu selebriti antarabangsa di Red Carpet. Tak perlu lagi ke luar negara kerana patung lilin selebriti terkemuka kini ada di I-City Shah Alam. Ini adalah Wax Museum interaktif pertama Malaysia.
image
image
image
image
image
image
Sebanyak 100 figura selebriti, ahli sukan dan pemegang rekod dunia dipamerkan. Muzium ini dibuka sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
image
image
image
image
House of Horror di City Walk dicipta biat mereka yang gemar masuk rumah berhantu.
image
image
image
Trick Art Museum pula dicatat sebagai muzium seni pertama di Malaysia dalam Malaysia Book of Record. Dinding dan lantai bangunan seluas 8,000 kaki persegi itu dilukis tangan secara 3D dengan pelbagai imej.

Snowalk seluas 50,000 kaki persegi sejik di bawah 5 darjah selsius. Sejuknya menyucuk tulam hitam. Ada beberapa permainan disediakan ter masuk meluncur dan sebagainya.