Share

Andai kamu sedang mencari kelengkapan solekan tambahan untuk tahun baru, singgah sebentar di Estee Lauder, IOI City Mall. Mendekati peramahnya kaki tangan di situ, jangan lepaskan peluang bertanyakan tip solekan juga.

Estée Lauder Malaysia memberikan nafas baru kepada peminat kecantikan di pinggir bandar Putrajaya dengan satu lagi stor konsep baharu! Terletak di tingkat bawah IOI City Mall, stor konsep baharu ini menawarkan ruangan yang besar bagi peminat kecantikan untuk meneroka dan berseronok dengan pelbagai barangan keperluan kecantikan, dari penjagaan kulit, rona-rona musim terkini dan siri wangian yang sesuai digunakan pada bila-bila masa.

Saksikan video saya di YouTube Channel Marini Mat Zain. Saya berpeluang bermain-main alat solek di stor tersebut bersama rakan blogger dan media lain. Banyak tip baru yang diperolehi dari perunding kecantikan. Semestinya kamu juga mampu mendapat lebih banyak pengetahuan di situ kelak.

Kalau kebetulan kamu ke sini, melangkahlah masuk ke dalam ruangan yang moden, yang direka khas untuk memberikan kamu pengalaman istimewa di dalam dunia kecantikan. Terdapat 2 bar mekap yang lengkap bagi membolehkan mereka bermain dengan warna, dan Perunding Kecantikan kami turut berada di stor untuk memberikan tips kecantikan ketika mereka menerokai produk mengikut rentak sendiri.

extensive-makeup-bar-for-everyone-to-play-with-a-wide-selection-of-colors modern-and-immense-space-for-beauty-enthusiast-2modern-and-immense-space-for-beauty-enthusiast

Bagi mereka yang mencari inspirasi kecantikan, It Girl semasa dan duta Estée Lauder, Kendall Jenner pasti menguja anda dengan produk-produk kegemarannya di “Sudut Kendall.” Terdapat juga tawaran yang lebih mewah daripada Estée Lauder, iaitu rangkaian Re-Nutriv bagi mereka yang ingin memanjakan kulit, di “Sudut Pengalaman Re-Nutriv.”

“Estée Lauder sentiasa berkembang bersama dengan pelanggan kami. Inspirasi sebenar kami datang daripada pelanggan kami. Dengan pelancaran stor konsep baru di IOI City Mall ini, kami dapat membawa yang terbaik dalam kecantikan kepada masyarakat Putrajaya. Ruangan moden dengan konsep terbuka ini membolehkan peminat kecantikan meluangkan masa untuk menerokai produk kami, dan pada masa yang sama, Perunding Kecantikan kami yang berdedikasi sentiasa bersedia untuk memberi nasihat berkaitan penjagaan kulit dan perkhidmatan mekap percuma.

makeuplikeapro-using-the-new-double-wear-nude-stickmedia-having-fun-at-the-extensive-makeup-bar

Perunding Kecantikan juga boleh mengajar pelanggan mengenai penjagaan kulit dan tips mekap profesional, dan cara untuk mereka menggunakannya di rumah,” kata Pengurus Besar Estée Lauder, Desmond Teh.