Share

Pengasas dan produk sama hebat mendapat anugerah tersendiri. CPG Cosmetics menerima anugerah Kosmetik Terbaik Kedah 2018 manakala pengasasnya pula menyandang gelaran Ikon Usahawan Utara 2019.

 

Ismaniza Fahida Ismail, 38, seorang guru yang berminat berniaga kini menjadi pengasas CPG Cosmetics. Sering digelar Cik Puan Gojes, panggilan itu kini menjadi punca rezeki. 

Mula beroperasi pada 9 Mac 2017 namun kini jenama CPG Cosmetics boleh dibanggakan kerana berada di empat pusat membeli-belah Aeon di Maluri, Nilai, Dato’ Onn dan Shah Alam.

Tekstur yang digunakan untuk membuat produk CPG Cosmetics berasakan bahan-bahan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Setelah mencubanya sendiri, saya sukakan tekstur pelembap yang juga primernya. Gel Eyebrownya juga tidak kurang hebatnya. 

Pengasas CPG Cosmetics, Ismaniza Fahida Ismail

Sehingga hari ini, CPG Cosmetics telah mengeluarkan 10 jenis produk kecantikan seperti kompak debu, asas solekan, maskara, celak kening, foundation dan banyak lagi. Kepercayaan pengguna menjadi asas kejayaan jenama ini. 

Kini CPG Cosmetis memiliki Leader CPG Cosmetics yang mempunyai kisah menarik mereka tersendiri seperti Moharita Mohamed, Hasrina Hussin, Nur Shafinar Issa dan Noor Ain Maulad Yahaya.

Seterusnya saya akan mencuba produk CPG Cosmetics dan berkongsi dengan anda semua pendapat saya.

Processed with VSCO with dog3 preset

Hari ke lima kuarentin sejak covid-19 menyerang Malaysia, bosan sendirian sahaja di rumah, hari ini saya hendak rebiu produk Cik Puan Gojes atau CPG Cosmetics. 

Processed with VSCO with au5 preset

Saya telah mencuba CPG Pureness yang berfungsi sebagai Moisturiser, Primer dan makeup base, yang datang dalam satu produk. Teksturnya sangat likat, mudah meresap terus masuk ke kulit. 

Terdapat pula Gel Eyebrow dalam tiga warna – light brown, medium brown dan black. Saya akan pastikan memanfaatkan ketiga-tiganya. Untuk kening saya memilih rona Medium Brown. 

Mulakan dengan bahagian tengah ke hujung mata, guna sisa produk hampir habis di berus untuk mengisi kening bahagian depan mata pula. Mudah diberus untuk ilusi lebih semula jadi. Pastikan kedua-dua belah kening seimbang ya!

Saya akan menggunakan CPG Gel Eyebrow light brown pula untuk menimbulkan freckle yang sedia ada di wajah. Rona coklat lembutnya amat sesuai sekali. 

Sekarang saya mahu fokus pembayang mata pula. Saya akan cuba menggandingkan empat hingga lima rona sekali gus. Saya juga akan mencuba gold dan kuning ini. 

Bagi membentuk eyeliner, saya menggunakan CPG Gel Eyebrow rona hitam ini. Produk ni water proof, pasti tahan lama jadi eyeliner.

Processed with VSCO with au5 preset

Akhir sekali saya memakai maskara serum CPG Barbie Doll yang punya dua berus. Berus tebal untuk bulu mata atas dan berus paling kecil ini pula untuk bulu bawah mata.

Sejujurnya saya sukakan semua produk CPG Cosmetics yang saya cuba hari ini. CPG Pureness dipakai memudahkan lagi sapuan alat solek pada wajah selain menyerap peluh dan minyak. Solekan pun jadi lebih tahan lama. 

CPG Gel Eyebrow mudah dibentuk di antara bulu kening yang jarang. Mesra wuduk kerana mudah ditanggalkan walaupun ianya water proof. 

CPG Barbie Doll Mascara pula menebalkan lima kali ganda bulu mata selain 75 peratus melentikkan bulu mata.

Pembayang mata All About Eyes CPG pun saya suka sebab sapuan mana-mana warna pun nampak sebati dan menyerlahkan.

Patutlah dalam tempoh tiga tahun, pencapaian CPG Cosmetics sangat membanggakan. Kepercayaan pengguna menjadi keutamaan sehingga CPG Cosmetics melebarkan sayap daripada utara sehingga ke ibu kota.

Harganya pun berpatutan. Saat masa berkurung ini, tak dapat keluar rumah, boleh saja pesan secara online di Shopee. Jangan lupa layari Instagram @cik.puan.gojes Facebook @cpgcosmeticsmalaysia website www.cikpuangojes.com hari ini.