Memang seronok menjelang Lebaran sebab tiba waktu untuk merias kediaman bersama keluarga. Tak adalah tukar semua perabot sekali tetapi sekurang-kurangnya langsir nak berganti. Kalau dulu sarung sofa antik juga hendak diganti. Apa kata sebagai seri kediaman, dengan kusyen comel aneka corak dari Caliph.
Setiap sentuhan walaupun kecil, secara tidak langsung mampu menukar keseluruhan rupa ruang. Paling mudah dengan menukar corak pada sarung kusyen. Pilih sahaja motif corak yang menjadi kesukaan—Retro, Abstrak dan banyak lagi.
Malah kamu mampu menempah motif cetakan dikehendaki seperti momen-momen manis kamu sendiri. Selain kusyen Caliph juga mengeluarkan jam dinding yang juga boleh ditempah buatannya mengikut keinginan peribadimu. Mungkin mengukir namamu dengan tulisan jawi.
Caliph berpendapat, kusyen bukan sekadar untuk dekorasi bahagian sofa di ruang tamu sahaja. Malah, kusyen juga boleh disusun di atas katil, di pangkin, di tempat duduk belakang kereta dan sebagainya. Kamu hanya perlu lebih kreatif untuk menyuaipadan kusyen dengan tema kediaman.
Caliph hadir untuk memberi kelainan pada koleksi kusyen. Rekaannya yang tersendiri menjadikan aktiviti membeli sarung kusyen lebih menyeronokkan. Kamu bakal teruja dengan keindahan motif dan boleh menjadikan ia koleksi peribadimu.
Sarung kusyen berukuran 18″ x 18″ ini diperbuat daripada fabrik polyester poplin yang dipotong dan dijahit tangan. Kedua-dua belah kusyen dicetak dan memiliki zip tersorok yang mudah digaja. Sarung ini tidak termasuk dengan kusyen tetapi untuk pembaca Elegan, Caliph menghadiahi kamu sarung dan gebu kusyennya sekali.
Seandainya kamu berminat dengan salah satu koleksi Caliph, layari www.facebook.com/calipharts untuk pilihan yang lebih banyak lagi. Mulakan menghias kediaman sempena Lebaran ini.
MENANGI HADIAH ELEGAN RAYA BERSAMA CALIPH
Kami mencari 3 pemenang dan seorang pemenang bakal menerima sepasang kusyen comel Caliph bernilai RM180 setiap seorang.
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi kusyen Caliph dengan cara berikut;
- Like Elegan fan page di facebook.com/eleganblog
- Like Caligh fan facebook di pautan www.facebook.com/calipharts
- Share entri ini di media sosial kamu—Facebook & twitter
- Nyatakan kepada saya kenapa kamu mahu menang (tidak lebih 15 perkataan)?
- Isi maklumat peribadi kamu (nama penuh, e-mel) di ruangan borang mesej di bawah.
Peraduan berakhir pada Isnin, 6 Julai 1015 dan pemenang akan diumumkan menerusi e-mel.
Sila isi borang di bawah ini.
[contact-form-7 id=”2605″ title=”Contact form 1″]