Hargailah mereka selagi masih ada. Seorang bapa adalah ketua keluarga yang kita sering patuhi. Bukan sehari meraikan mereka tetapi apa salahnya Hari Bapa dijadikan tanda ucapan terima kasih dan penghargaan kerana membesarkan kita.
Tidak mengira bapa, suami, mertua dan sebagainya, Habib tampil dengan reken harang kemas istimewa untuk kaum Adam. Semestinya rekaan tidak kurang hebat dengan perhiasan wanita. Malah, ia direka teliti menggunakan campuran elemen, warna dan simbol yang tertentu bagi menggambarkan perasaan cinta dan kasih.
Percayalah, membeli butang baju Melayu di Habis lebih istimewa sebagai hadiah nak nak lagi Hari Raya Haji bakal menjalang. Diperbuat daripada perak paladium bertatahkan berlian dan batu permata yang penuh kilauan, set ini boleh didapati dalam pelbagai rekaan berciri unik dengan pilihan pelbagai warna yang menarik seperti merah, biru, putih dan hijau yang mana ianya dapat disesuaikan mengikut personaliti seseorang bapa.
Paling menjadi pilihan dan disarankan Habib adalah menghadiahkan sebentuk cincin berlian atau batu permata menawan yang tidak menerapkan unsur emas, sebaliknya menggunakan logam perak paladium. HABIB turut menawarkan cincin perak paladium bertatahkan berlian dan permata lelaki dengan rekaan yang sangat moden, maskulin, dan eksklusif, yang pastinya akan menggembirakan hati bapa selaku penerimanya.
Hey, PKP bukan penghalang meraikan tungan keluarga kita. Perkhidmatan pembelian barang kemas dan perhiasan secara atas talian menerusi laman sesawang HABIB, serta menerusi platform e-dagang Shopee, Lazada dan Zalora telah tersedia. Tepuk dada, tanya selera. Mungkin 20 Jun dijadikan kejutan buat bapa di rumah bersama seisi keluarga.