Share

Ramadan tiba lagi dan laz?mnya kemeriahan disambut penuh kesyukuran di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) di mana bufet istimewa bertemakan ‘Laman Tradisi’ akan berlangsung.

Diketuai oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih, pelbagai menu hebat disediakan, lebih 300 jenis hidangan. Tahun ini terdapat lima rotasi menu berkonsepkan juadah tradisi kampung dengan keunikan kepelbagaian cita rasa Malaysia.

Antara seleksi menu adalah seperti ikan patin tempoyak; gulai udang; daging rendang minang; kambing goreng berempah; ketam masak kam heong; gulai kawah daging; lala & kerang masak sambal; kupang goreng lada hitam dan sotong sambal petai.

Selain itu, terdapat 16 gerai yang menghidangkan aneka juadah berbuka puasa seperti aneka sup berempah, aneka kerabu, kambing panggang, masakan western, rojak, apam balik, kudapan dan pelbagai jenis minuman.

Paling istimewa, WTCKL menyediakan kemudahan ruang solat yang besar dan selesa di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk serta Imam yang mengetuai solat Jemaah bagi waktu Maghrib, Isyak dan Tarawih. Sebagai kemudahan tambahan, caj tempat letak kereta semasa bulan Ramadan dikenakan pada kadar rata RM5 nett untuk kemasukan selepas jam 5 petang.

Laman Tradisi akan bermula dari 7 hingga 28 Mac 2025, setiap hari dari 6 petang hingga 10 malam. Ayuh tempah sekarang!