PENULIS: NADYA
‘SEVENTEEN: OUR CHAPTER’ bermula 7 November, eksklusif di DISNEY+. Dokusiri muzik ini mengimbau perjalanan 10 tahun pertama SEVENTEEN, menyorot detik manis, cabaran dan Perkembangan Masa Depan Mereka.
SEVENTEEN terus mencipta fenomena global hasil semangat berdikari dan sistem kreatif dalaman yang unik. Kumpulan 13 anggota ini terdiri daripada tiga unit utama iaitu hip-hop, vokal dan persembahan, serta memegang rekod dua album K-pop terlaris sepanjang zaman menerusi FML dan SEVENTEENTH HEAVEN. Kejayaan ini mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara artis K-pop paling berpengaruh di dunia.
Pada tahun 2024 dan 2025, SEVENTEEN mencatat sejarah sebagai kumpulan K-pop pertama membuat persembahan di Glastonbury dan menjadi artis utama Lollapalooza Berlin, selain dilantik sebagai Duta Muhibah Belia UNESCO yang pertama. Mereka turut merangkul pelbagai anugerah berprestij serta mencapai kejayaan besar menerusi album SPILL THE FEELS dan HAPPY BURSTDAY, sekali gus mengekalkan momentum sebagai ikon K-pop global.
Sempena ulang tahun ke-10, SEVENTEEN membuka tirai perjalanan mereka dalam dokuseri empat episod baharu, SEVENTEEN: OUR CHAPTER, yang akan ditayangkan bermula 7 November secara eksklusif di Disney+. Dokuseri ini membawa penonton menyelami sepuluh tahun pertama mereka, termasuk detik kejayaan, cabaran terbesar serta perancangan masa depan kumpulan.
SEVENTEEN: OUR CHAPTER melengkapkan barisan kandungan K-pop menarik di Disney+, termasuk dokumentari BTS dan rancangan realiti popular yang lain. Peminat boleh menyaksikan kisah penuh inspirasi ini bermula 7 November, eksklusif di Disney+, sebagai penghargaan kepada perjalanan luar biasa SEVENTEEN bersama peminat di seluruh dunia.






COMMENTS ARE CLOSED