Creative Seven Legacy (C7) meneruskan sokongan terhadap inisiatif dilancarkan oleh World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) sejak tahun lalu. Infaq Kasih adalah program yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan bagi bertujuan menggalakkan umat Islam untuk beramal jariah sambil menyantuni saudara yang kurang berkemampuan.
Tahun ini, program ini diperhebatkan dengan kerjasama strategik bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menyalurkan bantuan kepada golongan miskin bandar. Program ini turut mendapat sokongan strategik daripada rakan-rakan kerjasama seperti Food For Gelandangan (FFG), Ronald McDonald House Charity (RMHC), dan Creative Seven Legacy.
Ketika di majlis pelancaran, Dato’ Seri Dr. Hj Irmohizam turut memaklumkan pengumpulan barangan infaq akan bermula pada pertengahan Februari. Antara barangan yang boleh disumbangkan termasuk mainan terpakai, keperluan asas seperti sabun, ubat nyamuk dan paracetamol serta makanan kering seperti beras, mee segera, roti, minyak masak dan snek kanak-kanak.
“Aktiviti pengagihan akan diadakan pada 21 Mac 2025, di mana para sukarelawan akan berkumpul di WTCKL sebelum bergerak ke beberapa lokasi yang telah dikenalpasti di sekitar ibu kota Kuala Lumpur bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan sasar,” tambah beliau.
Orang ramai yang berminat untuk turut serta dalam kempen ini boleh menghantar sumbangan barangan keperluan di WTCKL. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 019-267 8921.
Majlis peluncuran tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi WTCKL, Datuk Seri Utama Dr. Tengku Adnan Tengku Mansor; Pengarah WTCKL, Datuk Seri Akhil Bulat; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL, Mohd Yusri Mohd Junos; Ketua Pegawai Operasi WTCKL, Fauzy Wahab; Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani; Pengasas Food For Gelandangan (FFG), Tuan Haji Azizan Zainal; Pengurus Besar RMHC Malaysia, Mohd Nasri Mohd Nordin dan Pengarah Pemasaran Creative Seven Legacy, Anne Dalissa Ariff.
Tahun lepas, Infaq Kasih disertai Ducati Malaysia dan diharap tahun kedua ini lebih meriah dan berjalan lancar.