Koleksi pertama musim Raya, Melodia, dinspirasikan oleh alunan bunyi untuk menghidupkan semangat Raya. Seisi keluarga sesuai memakainya kerana pereka bijak mencipta keharmonian dalam rekaannya.
Penggunaan klasik samping dan kain lilit masih menjadi teras rekaan. Betapa perincian teliti dan tekstur lembut masih diterapkan. Malah, setiap inci rekaan membawa erti kebersamaan, menjadikan melodia simbol pesona Raya yang tak lapuk dek zaman.
Rumah Terbuka: Pratonton Eksklusif Raya Our Second Nature berlangsung meriah dalam suasana yang mesra dan intim. Tetamu berpeluang merasai sendiri keindahan melodia —daripada perincian yang teliti, tekstur lembut, hingga ke sentuhan pertukangan yang elegan yang menjadi identiti koleksi ini
Seiring dengan pelancaran koleksi melodia, Our Second Nature membawakan pengalaman Pop-Up Raya istimewa di Pasar Seloka – The Five Damansara dari 24 Februari hingga 25 Mac 2025. Ruang ini dibuka untuk mendekatkan pengalaman bersama komuniti, menyemarakkan semangat Raya dalam suasana yang moden dan bermakna
Layari melodia di oursecondnature.com mulai 6 Mac 2025, dan di butik kami pada keesokan harinya.