Share

Bakal berlangsung di Megastar Arena, Bukit Bintang pada 1 Ogos nanti, konsert anjuran Bintang Batu Event & Seri Simfoni Sdn Bhd mengangkat semangat seni musik rock sebagai penghargaan kapad peminat setia tiga kumpulan ini. Lebih empat dekat berlalu, kumpulan Search, Wings dan XPDC pernah mencetus fenomena besar sekitar era 80 dan 90-an.

Penonton bakal dihidangkan dengan susunan semula lagu-lagu popular sepeti Sejati, Isabela, Titian Perjalanan dan banyak lagi. Keseluruhan lagu akan diberi nafas baharu agar lebih segar tanta menghilangkan keaslian karya asal dan dinyanyikan oleh tiga kumpulan ini secara serentak.

“Konsert ini bukan sekadar hiburan semata-mata, terapi sebuah pengalaman manis yang semestinya akan dirasai oleh semua peminat yang menghadiri konsert ini kerana gabungan tiga kumpulan ini pasti akan memuaskan halwa telinga dan mungkin sukar diperoleh lagi pada masa akan datang,” ujar Ikhram Zainuddin.

Selain itu, ada penambahan teknologi audio, visual dan pencahayaan seperti projection mapping dijangka menjadi antara tarikan utama, sekali gus memberikan dimensi baharu kepada persembahan pentas.

“Konsert ini adalah tentang jiwa seni kami, menyatukan hati kami melalui muzik rock dan berkongsi rasa dan emosi kami, dengan semua yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami,” jelas Dato’ Awie mewakili semua kumpulan terlibat.

Tiket konsert telah mula dijual pada 8 Mei 2026 (Jumaat) menerusi platform rasmi dalam talian 3veto.ubertickets.asia. Gabungan elemen nostalgia, teknologi moden dan pengisian jiwa kental, konsert ini dijangka menjadi antara acara muzik paling bermakna tahun ini.