Drama bersiri Perfect Crown yang dinanti-nantikan perminat kdrama sangat mengecewakan? Drama ini debut pada Jumaat, 10 April 2026 dan dua episod awal ini membuat hati peminat berbelah bahagi. Mungkin harapan mahu melihat IU dan terutamanya Byeon Woo Seok beraksi lebih bank terapi ternyata mereka seolah-olah membawa watak sama drama mereka sebelumnya di Hotel Del Luna dan Lovely Runner.
Gaya lakonan yang menggambarkan watak secara klise atau umum apabila anak orang raja bertemu wanita tidak sah taraf. Dua episod pengenalan tersebut agak perlahan dan membingungkan. Begitupun, penampilan Byeon Woo Seok sebagai Putera Besar I-AN menghambat segala persoalan. Komen netizen mula bertukar kerana wajah kacaknya, personaliti budiman snak raja dan pakaian terutamanya.
Plot di episod tiga dan empati mula dibina dengan baik. Semestinya penonton Cdrama Persuit of Jade, lakonan Zhang Linghe yang baru tamat kini beralih ke kdrama Perfect Crown. Tonton drama Perfect Crown kini di Disney+ Malaysia har? ini.
Sebuah komedi romantik yang menyentuh hati, Perfect Crown mengisahkan putera kesayangan rakyat, Grand Prince I-AN, yang terjebak dalam perebutan kuasa bersama ahli keluarga diraja yang lain.
Dalam tekanan untuk berkahwin, baginda memeterai perkahwinan atas dasar kepentingan dengan Huiju, pewaris kepada sebuah konglomerat Korea. Cuma latar belakang Huiju kurang baik kerana dia hadir dalam keluarga tersebut di usia 10 tahun setelah ditinggalkan ibunya, seorang perempuan simpanan.
Namun, ketika kedua-duanya bekerjasama untuk mencapai tujuan masing-masing, perasaan mula berkembang dan segalanya tidak berjalan semudah yang dirancang. Teruskan menanti episod seterusnya dan komen pendapat anda di bawah.





