Share

Hanya kata-kata itu lahir di fikiran saat melangkah masuk ke kamar pameran Koleksi Musim Luruh 2015 milik Michael Kors. Setiap busana sungguh teliti pembuatannya setimpal dengan harganya. Ada di antara sulamannya mengambil masa 700 jam lamanya. Apakah istimewannya koleksi pereka tersohor itu kali ini?

 

IMG_3681 IMG_3682 IMG_3687

Opulent Restraint, Glamorous, Simplicity, Romantic vs Tailored, Night vs Day, A Longer, Sinewy Silhouette, Luxe Knit Dressing Head To Toe, The Haberdashery Cape, Military Accents, The Flutter of Feminine Ruffles, The neat Skirt Suit, Trumpet-Shaped Skirts and Dresses, Laid-Back Pajama Dressing, A Sleek Modern Take on Evening, Lush Damask And Velvet Play Off of Gunchecks, Tweeds, Foulards And Paisleys, Warm Tones of Olive, Fawn, Barley And Chocolate, Smoky Banker And Charcoal, Crips Black, White And Navy, Rich Shades of Claret, Peacock, Topaz And Peridot, The Structured Travel Bag From Satchel to Lean Shoulder Bag, Menswear Oxfords, Slides And Monk, Straps Ground The Silhouette, Opposites Attract.. Fall, 2015.

IMG_3652 IMG_3653 IMG_3646

Berikut adalah setiap gambaran diberikan dan kala menaipnya satu persatu, setiap busana dipamerkan tergambar di fikiran. Saya tahu busana yang mana setiap satu perincian dimaksudkannya. Selain tampak cantik kerana dipengaruhi si pemakainya Kendall Jenner, tidak pun kerana pyjama yang secara peribadi disukai Michael Kors dan pernah dipakai Kate Hudson, percayalah, koleksi ini sangat sempurna.

IMG_3643 IMG_3665 IMG_3658

Material digunakan sangat bermutu tinggi dari kain kait, tweed, renda dan sebagainya. Perincian labuci corak paisleys teratur sekali susunannya, masa kan tidak masa di ambil selama 700 jam untuk menyiapkannya. Secara peribadi saya suka dengan potongan cape yang terletak di bahu dan gaun dipenuhi boucle feather.

IMG_3627 IMG_3621 IMG_3620

Beralih pada koleksi seterusnya, Safari Sportif, Grahphic Glamour dan Geometric, masing-masing memiliki identiti tersendiri. Koleksi kaca mata, tas tangan, sepatu dan beg kembara juga direka sepadan dengan busana.