Share

Faham! Minggu pertama Ramadan ni perut masih menyesuaikan diri. Perasaan ketika ini tersangatlah letih. Tetapi saya ada cara untuk segarkan diri menjelang petang. Selepas menyiapkan juadah berbuka, apa kata ambil masa setengah jam untuk memanjakan diri.

Mudah sahaja untuk kamu mencari topeng yang sesuai kerana rangkaian topeng dari B.liv mampu memenuhi semua jenis kulit. Masalah apa yang kamu mahu atasi? Hasil bagaimana yang kamu mahukan darinya? Tepuk dada tanya selera.

x1

glow & glory (skin reviving biological mask), RM69.90

Saya memilih topeng ini untuk menghadirkan perasaan tenang dan aman. Rasa sejuknya sangat nyaman. Pasti fikiranmu melayang-layang jauh.

Sekadar mahu menambah seri wajah kerana topeng ini meningkatkan kadar penghasilan hidrasi selain mengukuhkan fungsi-fungsi penting kuit wajah. Semestinya ia menjadi ejen mencerahkan kulit dan membuatkan kulit jadi lebih sekata. Khasiat topeng ini juga memperbaiki dan memulihkan kulit agar lebih tegang, halus dan tampak lebih muda.

Antara kelebihan topeng ini, ia premium 100% topeng rawatan biocellulosefacial yang memberi pati kelikatan dan menghidrasi kulit yang kusam, tertekan dan kering. Saat memakainya kamu akan berasa tenang dan hasilnya kamu bakal tampil berseri dipandangan mata.

x2x3

Topeng ini turut membantu pembaharuan kitaran kulit wajah dengan menyuburkan kulit secara lebih optimum.  Diperbuat 100% dari lembaran topeng biologi yang dipupuk dari bakteria Acetobacter Xylinum yang manjadikan ia sebuah topeng unggul yang mampu memindahkan segala khasiat dari topeng ke kulit wajah dengan sempurna.

Letakkan tepeng wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian urut lembut selama 30 saat sebelum dibiarkan selama 30 saat lagi agar segala khasiat diserap masuk ke kulit wajah.

1

kick spots out (blemish termination, intensive treatment mask) RM63.50

Seandainya kamu memiliki kulit lebih sensitif, tidak mengapa. Kamu juga mampu menikmati rasa nyaman memakai topeng tanpa rasa bimbang kerana B.liv mencipta topeng yang khusus buat rawatan intensif buat kulit sensitif.

Topeng rawatan ini mengawal iritasi, kemerahan yang disebabkan jerawat. Juga melindungi kulit lembutmu dari penghasilan jerawat baru. Dengan Kick Spots Out ini, kulitmu lebih mudah mengawal penghasilan minyak dan mengawal kulit dari iritasi. Juga menghalang dari jerawat berulang kembali selain memberi kelembapan jauh ke dalam kulit.

2

Mengandungi jus daun aloe vera yang melembutkan dan memberi hidrasi pada kulit. Mampu menghilangkan parut jerawat, anti-inflammatory dan anti-bacterial juga. Ekstrak Bunga Chamomile pula akan menutup pori-pori, anti-oksidan, anti-septic dan anti-inflammatory. Ekstrak Witch Hazel pula mengawal jerawat dan kehadiran minyak, juga menutup pori dan semestinya melembutkan kulit.

Guna dua hingga tiga kali seminggu selepas membersih wajah. Pakai topeng di wajah selama 20 – 30 minit. Selepas topeng dibuka, urut lembut agar serum menyerap masuk ke dalam kulit wajah. Barulah dibersihkan.

 MENANG!

2 kotak Kick Spots Out & Glow Glory bernilai RM133

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi poduk B.LIV dengan cara berikut;

  1. Like Elegan fan page di facebook.com/eleganblog
  2. Like B.LIV facebook di pautan facebook.com/blivbycellnique
  3. Share entri ini di media sosial kamu—Facebook & twitter
  4. Nyatakan kepada saya kenapa kamu mahu menang (tidak lebih 15 perkataan)?
  5. Isi maklumat peribadi kamu (nama penuh, e-mel) di ruangan borang mesej di bawah.

Peraduan berakhir pada Isnin, 28 Jun 1015 dan pemenang akan diumumkan menerusi e-mel.

Sila isi borang di bawah ini.

[contact-form-7 id=”2605″ title=”Contact form 2″]