Selama lebih 30 tahun, Beautederm terus membina kepercayaan pengguna menerusi formulasi berasaskan sains, inovasi dan penyelidikan. Ternyata rahsia kecantikan Korea ini sudah sampai ke Malaysia.
Syarikat ini pada asasnya adalah syarikat penjagaan kulit, namun Krim BB adalah satu-satunya produk kosmetik yang mereka hasilkan. Ini kerana krim BB digunakan untuk menutupi kesan kemerahan atau kerosakan pada kulit. Kini mereka fokus kepada dunia kecantikan sepenuhnya.
Dengan falsafah yang mengutamakan kesihatan kulit jangka panjang, jenama ini menggunakan bahan aktif seperti Exosome, CICA (Centella Asiatica), CICA Exosome, PDRN (Polydeoxyribonucleotide) dan Panthenol (Pro-Vitamin B5) bagi membantu memulihkan, melindungi dan menguatkan daya tahan semula jadi kulit.
Antara produk yang menjadi pilihan ramai ialah Skin Protection Elixier Essence, Skin Repair Elixier Cream, Skin Exotoxin Elixier Cream, Elixier Cleansing Foam dan Elixier Exotoxin Mask, yang dirumus khas untuk memenuhi pelbagai keperluan penjagaan kulit.
Menerusi artikel ini, kami membawakan temu bual eksklusif bersama Sukho Chin, pemimpin atau CEP di sebalik VPN Inc., yang berkongsi kisah perjalanan Beautederm selama tiga dekad, falsafah jenama serta komitmennya dalam membangunkan produk penjagaan kulit yang selamat, berkesan dan dipercayai pengguna. Dia turut berkongsi pandangannya mengenai trend terkini dalam dunia estetik serta kepentingan menjaga kesihatan kulit dari dalam, bukan sekadar mengejar kecantikan luaran.
“Jenama ini telah lama bermula, sudah 30 tahun. Jenama ini dimulakan oleh bapa saya dan kemudian saya mengambil alih selepas tamat belajar. Saya menyambung pengajian kecantikan di sebuah Universiti Kebangsaan di Korea, dan bekerjasama dengan ramai penyelidik di universiti tersebut untuk melakukan lebih banyak inovasi produk,” ujar Sukho Chin.
Barisan produk baru ini dinamakan “Elixir”. Perkataan ini digunakan (seperti di Eropah dan AS) untuk merujuk kepada produk yang membantu menyembuhkan atau membaiki. Ia bertindak seperti ‘ubat’ atau tonik yang merawat dan menyihatkan kulit secara keseluruhan.
Produk ini tidak hanya memfokuskan pada satu-satu masalah spesifik seperti jerawat atau kerosakan akibat sinaran UV. Sebaliknya, ia bertindak untuk merawat masalah asas kulit secara menyeluruh dengan cara:
- Menguatkan ‘Ski Barrier’: Ia membaiki dan menguatkan ‘skin barrier’ serta menjadikan wajah kelihatan lebih sihat, segar, dan berseri (glowy).
- Pertumbuhan Semula Sel (Cell Regeneration): Fokus utama produk ini adalah pada pertumbuhan semula sel yang merupakan trend terkini di Korea untuk melambatkan proses penuaan secara efektif.
- Penyerapan Mendalam: Jika dahulu proses anti-penuaan hanya bergantung kepada pembekalan kelembapan kulit secara berterusan, produk baharu ini menggunakan bahan-bahan terkini dan teknologi (seperti eksosom) supaya ia dapat diserap jauh ke dalam lapisan dermis kulit untuk menggalakkan penjanaan semula sel.
Trend penjagaan kulit terkini di Korea adalah memfokuskan kepada proses pertumbuhan semula sel (cell regeneration) bagi membantu melambatkan penuaan. Ia menggunakan teknologi penyerapan, tekstur baharu, dan bahan-bahan trendi seperti “exose” untuk membantu produk atau kelembapan diserap dengan lebih pantas, sama ada pada permukaan kulit atau terus ke lapisan dermis.
“Selepas produk ini dipakai, kesan pertama yang dapat dilihat secara serta-merta adalah kulit berseri dengan kelembapan (water glow). Pada keesokan harinya, jerawat dan masalah tekstur kasar atau benjolan pada kulit akan banyak berkurangan. Produk ini juga dapat menyelesaikan masalah kulit dengan menyalurkan kelembapan mendalam kepada pelbagai jenis kulit, termasuk kulit kering, berminyak, dan kombinasi,” ujarnya lagi.
Krim kelembapan dan rawatan tiada masalah untuk digunakan jika anda mempunyai aktiviti di luar. Walau bagaimanapun, elixir essence sangat disyorkan untuk kegunaan di dalam bangunan, terutamanya sebelum tidur. Penggunaan elixir essence di bawah cahaya matahari terik mungkin kurang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sangat berminyak.
Namun begitu, memandangkan persekitaran di Malaysia membuatkan ramai orang menghabiskan masa di dalam bangunan berhawa dingin yang mampu menyebabkan kulit cepat kering, produk ini sangat berkesan untuk mengekalkan kelembapan.
Produk ini disasarkan kepada mereka yang telah mendapatkan rawatan kulit daripada pakar dan ingin mengekalkan hasil rawatan tersebut sendiri di rumah. Apabila ditanya produk mana yang wajib dibeli oleh orang di Malaysia, Sukho Chin mencadangkan produk Elixir Essence. Ini kerana pelanggan di Malaysia yang sering melakukan rawatan kulit biasanya tidur di dalam bilik yang berhawa dingin, jadi produk tersebut sangat disyorkan untuk digunakan pada waktu malam.
Populariti Sun Stick (Kayu Pelindung Suria) juga tidak dapat disangkalkan lagi. Fungsi digunakan pada muka dan seluruh badan. Ia sangat mudah kerana boleh disapu terus ke atas wajah dengan solekan penuh, dan ia mempunyai bau yang sangat wangi.
Produk ini sedang menjadi trend dan sangat popular digunakan oleh selebriti di Korea. Semua produk Beautederm ini mempunyai profil haruman yang sama.
“Formulasi PDRN, Exosome, dan Retinol dipilih, karana di Korea, bahan-bahan ini adalah yang paling cemerlang dan berkesan untuk pemulihan, merawat dan penjanaan semula sel kulit. Oleh itu, sasaran utamanya adalah untuk berfungsi sebagai skin booster dan ia adalah bahan wajib di dalam produk ini,” tambah Sukho Chin lagi.
Peranan Elixir Essence pula berfungsi untuk mengekalkan kelembapan dan membentuk lapisan pelindung di atas kulit. Lapisan ini memastikan bahan-bahan skin booster tadi dapat diserap dengan baik ke dalam kulit tanpa membiarkan kelembapan hilang.
Selepas mencuba sendiri, perubahan paling ketara yang dirasai adalah kulit terasa lebih lembap, segar dan moist sejurus selepas penggunaan. Namun, untuk melihat keberkesanan sebenar sesuatu produk penjagaan kulit, ia pastinya memerlukan masa dan penggunaan yang konsisten.
Pengalaman setiap individu mungkin berbeza, tetapi menarik untuk melihat bagaimana formulasi dengan bahan aktif seperti ini berpotensi membantu memperbaiki keadaan kulit dalam jangka panjang. Pastinya, perjalanan untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan berseri adalah satu proses yang memerlukan kesabaran.







COMMENTS ARE CLOSED