PENULIS: NADYA
Tahun ini Hilton Garden Inn, Puchong mementingkan kukuhnya hubungan dan meluangkan waktu kualiti bersama yang tersayang. Justeru itu, sambil nikmati sajian, bolehlah anda eratkan jalinan kemesraan.
Iftar di sini saya syorkan kerana menu yang mereka sediakan sangat menarik. Rasanya pula sangat enak dan menyelerakan. Menu disediakan adalah Kerabu Daging Salai, Tauhu Bergedil Ayam, Getuk Kurma, Pengat Keledek dan banyak lagi. Semestinya Assam Pedas Ekor Sapi paling enak. Salon Percik Mangga pula adalah resipi pilihan semua pengunjung.
Saya rasa menu di sini sangat berbaloi dicuba. Paling saya gemari adalah ulam-ulaman yang disertai dengan pelbagai pilihan sos pencicah seperti budu, sambal tempoyak dan sebagainya. Sangat menyelerakan! Jangan lupa dicuba Chee Cheong Fun dan Yong Tau Foo, Otak-Otak Daun Nipah, Satay Daging Lembu dan semestinya Kambing Bakar bersama dua pilihan kuah yang enak.
Suasana di Hilton Garden Inn Puchong juga sangat mesra keluarga dan juga untuk kanak-kanak ada ruang bermain jadi tiada masalah untuk membawa mereka bersama ahli keluarga, kawan dan juga rakan sekerja jika mahu menikmati makanan dengan selesa dan tenang.
Marilah kita semua bersama iftar bersama. Untuk maklumat lanjut layari eatdrinkhilton.com segera. Hotel pemenang anugerah ini menyenangkan pengunjung dengan perkhidmatan disediakan.