Share

Memasuki tahun ke-26 di Malaysia, Pacific West tampil dengan nafas baharu menerusi pelancaran tujuh (7) produk makanan laut terkini yang diinspirasikan oleh gaya hidup moden. Dengan fokus pada kualiti, rasa konsisten dan kemudahan penyediaan, rangkaian ini direka untuk memenuhi keperluan hidangan harian hinggalah pengalaman makan setaraf restoran.

Selari dengan tema “Evolving Forward”, Pacific West terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama makanan laut dipercayai, sambil melangkah yakin ke fasa pertumbuhan seterusnya.Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi mencerminkan hala tuju Pacific West yang lebih segar dan progresif, selari dengan tema “Delivering Finest Seafood, Evolving Forward.”

Ia menandakan fasa seterusnya dalam perjalanan jenama yang telah menjadi sebahagian daripada dapur isi rumah Malaysia selama lebih dua dekad. Sejak awal penubuhannya, Pacific West dikenali dengan piawaian kualiti yang tinggi serta rasa yang konsisten.

Ternyata Pacific West berjaya mengekalkan kepercayaan pengguna dengan menawarkan produk yang bukan sahaja mudah disediakan, malah sesuai untuk pelbagai gaya hidup, daripada hidangan ringkas seharian hinggalah sajian istimewa bersama keluarga.

“Saya pengguna setia Pecific West kerana selain rasa yang enak, produk ini mudah disediakan. Sebagai ibu yang sibuk bekerja, sangat memudahkan saya. Saya pengguna sejak anak masih kecil sehinggalah kini mereka meningkat dewasa,” ujar salah seorang pelanggan Pacific West yang ditemui di acara pelancaran tersebut.

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, Pacific West kekal relevan dengan memahami kehendak pengguna moden yang semakin mementingkan kemudahan, kepelbagaian menu, dan pengalaman makan setaraf restoran di rumah.

Budaya makan di luar rumah semakin meningkat. Permintaan terhadap makanan mudah tetapi berkualiti semakin tinggi, dan pengguna mahukan pengalaman hidangan yang lebih premium tanpa mengorbankan masa. Menyedari perubahan ini, Pacific West memperluaskan portfolionya dengan produk bernilai tinggi yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna masa kini.

“Pelancaran ini menandakan langkah penting dalam strategi pertumbuhan jenama. Dengan mengekalkan teras kepercayaan dan kualiti, Pacific West kini bergerak ke hadapan dengan menawarkan lebih banyak pilihan produk yang relevan untuk pasaran runcit dan industri makanan,” ujar Joseph Lim, Pengurus Besar Pacific West.

Rangkaian baharu Pacific West menampilkan tujuh produk makanan laut yang dibangunkan dengan penekanan kepada kualiti bahan mentah, tekstur yang konsisten, serta fleksibiliti dalam penyediaan. Produk-produk ini sesuai untuk kegunaan dapur rumah mahupun dapur profesional.

Antara produk yang diperkenalkan termasuk:

  1. Chunky Cod Bites
  2. Crumbed Hoki Fish Fillets
  3. Tempura Cod Fish Fillets
  4. Breaded Oysters
  5. Tempura Barramundi Fish Fillets
  6. Crispy Battered Snapper Fish Fillets
  7. Blue Cod Fish Cocktails (Skin On)

Setiap produk direka untuk memberikan pengalaman makan yang lebih premium, sama ada digoreng ringkas untuk hidangan keluarga atau disajikan sebagai menu utama yang lebih istimewa.

Dengan pelancaran rangkaian baharu ini, Pacific West bukan sahaja meraikan legasi 26 tahun kepercayaan pengguna, tetapi juga menunjukkan kesediaannya untuk terus berkembang. Berteraskan kualiti, inovasi dan pemahaman mendalam terhadap gaya hidup moden, Pacific West melangkah ke hadapan dengan yakin, terus menyajikan makanan laut terbaik untuk setiap hidangan.