Meraikan rakan yang menyambut Krismas, bawa mereka menikmati sajian Rhapsodhy of Christmas di Cinnamon Coffee House, One World Hotel bermula 1 – 31 Disember. Sarakan pada mereka ini lah lokasi paling sesuai untuk membawa keluarga meraikannya.
Krismas bakal menjelang tidak lama lagi, kami di pejabat pun sudah merias pokok krismas. Maklumlah kebanyakan teman sepejabat menyambutnya. Saja memeriahkan suasana hujung tahun. Nanti ada makan malam syarikat dan seterusnya dua hari sebelum Krismas, potluck di pejabat pula untuk sesi bertukar-tukar hadiah.
Ada di antara mereka yang bertanyakan lokasi untuk makan malam, pastinya saya sarankan di Cinnamon Coffee House ini kerana saya sendiri telah mencubanya. Suasana menjamu selera juga sangat selesa dengan tempat duduk sesuai untuk seisi keluarga. Untuk menjamu bersama teman-teman juga sangat menyeronokkan. Mungkin hujung tahun sahaja masa untuk kamu bertemu muka.
Menu Krismas pula memang seperti yang sepatutnya ada di meja sajian hari Natal, Roasted Turkey Leg dengan Caramelised Apple Sauce, Beef Meatloaf dengan Peppercorn Sauce, Chicken Fracassee dengan Garden Mushroom, Sous Vide Sweet and Spicy Duck Breast dengan Orange Marmalade dan Cassoulet Lamb Bourguignon. Itu hanya sebahagian menu sahaja kerana pastinya banyak lagi untuk kamu nikmati.
Untuk Christmas Eve & Makan Malam Christmas bertarikh 24 & 25 Disember (6.30 malam – 10.30 malam), RM158 untuk orang dewasa dan RM79 untuk kanak-kanak berusia 4 – 12 tahun. Bagi penggemar Christmas Hi-Tea pada 25 Disember (12 tengah hari – 4.30 petang), RM118 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak berusia 4 – 12 tahun.
Untuk tempahan sila buat panggilan 603 7681 1157 atau e-mel sahaja cinnamon@oneworld.com.my
Manakala Festive Finesse di One World Hotel bermula 1 – 25 Disember 2015 boleh ditempah sekarang untuk dibawa pulang menu enak Krismas. Bawa pulang set Roasted Turkey, RM408 yang enak berisi Apple dan Raisin, Forcemeat dan Rosemary atau klasik Chestnut dengan Giblet dan Cranberry sauce, Buttered Brussels Sprout dan Roasted Potatoes. Ataupun kamu pilih set Roasted Leg of Lamb bersama Buttered Seasonal Vegetables, Roasted Potatoes dan Natural Jus, hanya RM410. Pilih coklat, biskut, kek atau roti bermula RM9.50 sahaja.
Untuk menempah sila hubungi nombor sama atau kunjungi Gourmet Counter di One World Hotel, hanya berdekatan dengan Cinnamon Coffee House dari jam 10 hingga 8 malam.