Share

Penulis mengenali Seo In Guk menerusi drama Doom at Your Service (2021) dan ternyata lelaki ini berbakat besar. Sebelum terjun di dunia lakonan, Seo In Guk adalah penyanyi bersuara lunak yang berjaya menawan hati peminatnya. 

Penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan, Seo In Guk, bakal memikat hati peminat di Singapura menerusi “Heart Cookie” Asia Fan Meeting Tour yang amat dinanti-nantikan pada 12 Oktober 2025, bertempat di UCC Ho Bee Theatre. Ini adalah peluang eksklusif anda untuk menyaksikan artis serba boleh ini yang telah menawan carta muzik dan layar kaca dengan karisma dan bakat luar biasanya! Tunggu apa lagi Heartriders, rebutlah peluang keemasan bertemu janji dengan lelaki idaman anda ini.

Seo In Guk, yang terkenal dengan vokal merdu dan lakonan penuh transformasi, memulakan jelajah ini dengan niat ikhlas untuk berkongsi “detik-detik penuh makna” dan menjalin hubungan yang lebih erat dengan peminat setianya di seluruh Asia. Agensinya, Story J Company, secara rasmi telah mendedahkan poster jelajah ini pada 20 Mei 2025, sekali gus menandakan permulaan kepada pengalaman manis dan penuh kenangan di seluruh Asia Tenggara.

Sejak kejayaannya memenangi program bakat Mnet, Superstar K pada tahun 2009 yang melonjakkan namanya ke persada hiburan, hingga kejayaan mini album sulungnya “Calling” yang menduduki carta teratas, Seo In Guk terus membuktikan kehebatannya dalam industri muzik. Namun, cita-citanya tidak terhenti di situ. Dia berjaya membuat peralihan yang lancar dan berimpak besar ke dunia lakonan, dan melonjakkan namanya melalui drama popular Reply 1997 pada 2012. Peranan penting ini mengukuhkan statusnya sebagai seorang penghibur serba boleh dan berbakat besar, sekaligus membuka ruang untuk kerjaya lakonan yang cemerlang.

Sejak itu, Sen In Guk terus menghiasi kaca TV dengan deretan drama hit yang mempamerkan kepelbagaian bakatnya, antaranya Master’s Sun (2013), High School King of Savvy (2014), Hello Monster (2015), Shopping King Louie (2016), The Smile Has Left Your Eyes (2018), Doom at Your Service (2021), serta lakonan terbarunya dalam Café Minamdang (2022) dan Death’s Game (2023) yang menerima pujian ramai. Selain itu, Seo In Guk turut menyerlah di layar perak menerusi filem No Breathing (2013), filem aksi-rompakan Pipeline (2021), dan filem thriller aksi Project Wolf Hunting (2022) yang mendapat perhatian antarabangsa kerana gayanya yang unik serta lakonan intensifnya.

Tahun 2025 ternyata menjadi tahun yang luar biasa buat Seo In Guk dengan pelbagai kolaborasi menarik dan projek yang amat dinanti-nantikan. Baru-baru ini, beliau menggembirakan para peminat dengan melancarkan lagu duet bertajuk “Couple” bersama rakan gandingannya dalam Reply 1997, iaitu Jung Eun-ji, menandakan kolaborasi muzik pertama mereka selepas 13 tahun dan membangkitkan nostalgia di kalangan peminat lama. Melihat ke hadapan, beliau dijadualkan muncul dalam beberapa drama berprofil tinggi termasuk Twelve terbitan KBS2 dan Boyfriend On Demand (tajuk sementara) di Netflix.

Namun, drama yang paling dinanti-nantikan pastinya adalah Boyfriend On Demand, di mana Seo In Guk bakal bergandingan dengan bintang sensasi BLACKPINK, Jisoo. Siri ini dijangka menggabungkan elemen komedi romantik dan realiti penuh emosi, dan telah pun mencetuskan keterujaan besar di seluruh Asia hasil daripada gabungan dua bintang bertaraf antarabangsa ini. Peminat tidak sabar menyaksikan chemistry di antara Seo In Guk dan Jisoo di layar, yang diramalkan bakal menjadi salah satu hit terbesar tahun 2025.

“Heart Cookie” Asia Fan Meeting Tour direka khusus untuk mencipta pengalaman yang intim dan penuh kenangan buat para peminat di seluruh rantau ini. Setiap lokasi akan menampilkan persembahan langsung yang memukau, segmen kejutan yang menyeronokkan, permainan interaktif, serta detik-detik yang benar-benar menyentuh hati, memberi peluang unik dan eksklusif kepada Heartriders untuk berinteraksi secara dekat dengan Seo In Guk. Dia sendiri meluahkan rasa teruja untuk akhirnya dapat bertemu para peminat selepas sekian lama, dan berjanji akan menyampaikan persembahan yang tidak dapat dilupakan serta momen-momen istimewa sebagai tanda penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat antarabangsa.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada malam yang penuh kenangan!

Maklumat Tiket:
Tiket untuk perhentian di Singapura bagi jelajah “Heart Cookie” yang sangat dinanti-nantikan ini akan mula dijual tidak lama lagi.