Ketika dipelawa menyertai acara Malaysia Tourism Hunt 2013 saya ragu-ragu. Tak pernah berminat atau tersertai mana-mana acara seumpamanya. Tak suka treasure hunt kerana tak berapa rajin nak berfikir. Memandu kereta satu hal, mahu tergesa-gesa mengejar waktu… MMZ kurang pasti mampu.
Tourism Malaysia menganjurkan Malaysia Tourism Hunt 2013 (MTH)buat kali kedua sempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Kali ini MTH akan menjelajah ke selatan tanah air bermula di Putrajaya melalui Sepang, Port Dickson, Melaka, Muar, Kluang, Nusa Jaya dan seterusnya berakhir di Johor Bahru.
Majlis pelancaran berlangsung di Saloma Bistro, MATIC isnin lalu, dirasmikan oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz. Tujuan utama program ini adalah mempergiatkan lagi promosi Tahun Melawat Malaysia 2014, mempromosikan dan memperkenalkan destinasi serta produk pelancongan Malaysia kepada media asing dan tempatan.
Malaysia Tourism Hunt 2013 berlangsung pada 22 hingga 28 September iaitu selama enam hari lima malam. Peserta akan kembara sebanyak 1000km melalui lebuhraya, laluan pelancongan dan kampung tradisional.
Hari terakhir di Bintulu, Sarawak, Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia dan Tourism Malaysia membawa kami membuat liputan — The 9th Borneo International Kite Festival Bintulu bermula 5 – 8 September 2013. Ketika kagum dengan layang-layang dan wau bertebaran di udara, saya sempat meninjau sekitar.
Sepanjang penerbangan Air Asia menaiki pesawat AK5876 ke Sibu selama dua jam saya menghabiskan waktu dengan… tidur. Semalaman tidak tidur, selesai Kembara Kraf Selangor, saya menyambung urusan di Kuala Lumpur seterusnya ke LCCT jam tiga.
Persinggahan pertama di kedai Rajang Park Kompia, melihat bagaimana Kompia diadun. Bangunan-bangunan disekeliling juga kelihatan usang tetapi menarik dikunjungi.
Kelainan kali ini, kami diberi RM10 untuk merasai sendiri betapa barangan di Sibu Central Market Complex sangat murah. Selain jamu mata dengan pelbagai barangan keperluan, saya menikmati beberapa sajian tempatan seperti mi katok yang yang di goreng mahupun dibuat sup. Paling menarik perhatian saya adalah ayam hidup yang dibungkus dan siap diletakkan harga, bermula RM10, RM12, RM13 dan lain-lain. Ulat sagu jiga dijual hidup-hidup. Kata penjualnya, kalai goreng sedap. Hm…
Makan tengah hari kami di Rafie Cafe. Selain menyediakan sajian makan, terdapat juga merchandise shop Razz Chopper serasi buat penunggang motosikal besar. Sekarang saya hendak mencuba bagel kompia.
Bersambung…
Seperti biasa, kami berkumpul di Matic dan memulakan perjalanan Kembara Selangor bersama Majalah Gaya Travel ke Shah Alam. Persinggahan pertama kami untuk perasmian dan makan pagi adalah di Ndah Canopy & Catering, Shah Alam.
Kemudian kami beredar ke Port Klang melihat pembuatan ukiran ulu parang di Asramael Craft Enterprise. Pelbagai kayu digunakan seperti kayu cendana, qrang bunga, kemuning hutan, cempedak dan banyak lagi.
Deatinasi kedua kami di Cipta Edar Dho Sdn Bhd, Puchong. Saya terpana melihat pembuatan kayu rehal ditunjukkan. Kemahiran turun temurun ini diusahakan Encik Zaimi. Produk ini boleh dibeli di Mydin. Rehal diperbuat dari kayu getah berkualiti perabot.
Makan tengah hari kami di Kedai Kopi, Shah Alam. Saya ketika di majalah Impiana biasa datang ke mari shooting. Agak lama tidak menginjakkan kaki di sini.
Buat masa ini saya sedang santai di kamar. Malam ini saya menginap di De Art Hotel, Seksyen 7, Shah Alam. Biasa melihat jotel ini dari luar, rupa-rupanya dekorasi hotel ini menarik
Setiap kamar ditata rias berbeza. Harga kamar dari RM88 – RM208.
Selepas ini, lawatan pelancongan I-City Shah Alam. Berada dalam gebar rasanya mahu bermalas-malas terus.